my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Dadih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...




Seharian ni aku tak sempat berfacebook, berblog, baca surakhabar........sebabnya......aku asyik menggodeh kek span kat dapur. Hajat nak buat kek gulung, ntah kenapa asyik tak jadi. Aku rasa ni kali ketiga aku cuba guna sponge mix tu. Kalau guna resepi yang biasa tu, jadi pulak. Frust ni!! Sudahnya aku pecah2kan kek yang tak jadi tadi, aku buat tiramisu je. Kiranya bulan ni je dah dua kali aku buat tiramisu. Tapi anak aku memang suka sangat. Dalam peti ais kena senantiasa ada.

Tadi aku sempat buat dadih, perisa coklat. Dah itu je yang ada. Resepi dari myresipi oleh minami133. Terima kasih ye kerana che abe aku suka sangat dadih ni. Mula2 buat, terlembik sangat sampaikan mereka berdua tu tak guna sudu, main hirup terus dari mangkok. Tak senonoh betul!!

Bahan2:

1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 gm serbuk agar2
secubit garam
perisa (jagung, strawberi, milo atau lain2)

Cara membuatnya:

Masak air dan gula hingga gula hancur.
Masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam.
Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil.
Kalau nak letak perisa, bahagikan dadih kpd beberapa bahagian.
Simpan dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

4 ulasan:

  1. Salam singgah ;) uuuu memalam layan dadih sebelum tidur syiok jugee ekk.. kekeke :p


    Aksi ke Sekolah Giveaway Contest
    UPSR-5A, PMR-8A, SPM-9A

    BalasPadam
  2. senang rupanyer buat dadih nie....nak try

    BalasPadam
  3. Shaza...wslm, sejuuuuk je masuk ke perot!

    Zaidah...tu la, ingatkan susah, rugi tak buat dulu2.

    BalasPadam
  4. terima kasih... nak suruh my darling( wife ) buat ... he he

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)