my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

ROTI GORENG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Entry ni aku tulis waktu malam, sementara layan AJL, saje nak elakkan dari mengantok. Pagi tadi buat sarapan roti goreng ni, sedap tau. Orang bujang kalau malas nak masak, elok goreng roti macam ni.

Sumber resepi dari myresipi oleh Hasue. Terima kasih ye kerana roti ni rangup dan bukan anak je yang suka, ibu dia pun lebih la lagi!

Roti Goreng

  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. 

nota: credit to myresipi (copy/paste)


sebelum ni aku dah buat tapi tak guna kaya, tepek peanut butter dan coklat, sedap juga....

2 ulasan:

  1. salam kak..anak2 memang suka.sue suka potong kecit2 nampak comel2 gitu.hehe..nak rasa roti goreng akak seketui boleh yer... ;D
    mekasih sudi cuba resepi mudah ni kak ye..pastu sudi lak bagitau.akak mmg best!

    BalasPadam
  2. Hasue, terima kasih kat awak kerana anak akak mmg hantu roti.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)