my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Manggis oh manggis!!

Kali ni cuti sekolah banyak betul manggis keliling rumah mertua. Seronok ler kakpb sebab manggis adalah buah tempatan yang mencetus kenangan ketika kakpb bersama arwah tok di Johor. Ada sebatang pokok manggis depan rumah, tegak lurus dan tinggi. Kalau nak makan, kakpb jolok dengan galah, terlompat-lompat menunjal buah manggis supaya jatuh.

Bila cikgu fahmi panjat (boleh tahan dia panjat pokok, sah...dulu budak nakal) kakpb terdongak-dongak dari bawah. Risau dia terpijak dahan rapuh. Almaklum..berat nak cecah 80 kg. Bising mulut bini dia, takut gedebuk ke bawah lakinya....:)

Baldi kecil dibawa naik ke atas pokok, di ikat bersama tali. Bila dah penuh baldi tu, kakpb sambut di bawah dan tuang dengan lemah lembut kedalam bekas lain. Cikgu fahmi tak bagi tuang kasar-kasar, katanya nanti isi manggis tak cantik bila nak makan, iye ke?

Setiap kali dia tarik baldi dengan tali tu, teringat cerita P. Ramlee dengan A.R Tompel yang berumah atas pokok....."laporpo"....."watakungsi". Hahaha....bila kakpb jerit macam tu, tension je muka cikgu fahmi. Apa taknya? orang penat-penat, di ajak bergurau.....relak la....manggis tu bukan untuk famili bini awak je. Untuk famili awak kat Johor juga kan?


Kalau dah kat kampong, suasana macam ni tak dapat di elakkan, betul tak? Mulanya takut pacat, takut lipas, takut tikus, takut katak......bila dah berminggu, perasaan takut tu berkurangan. Mungkin sebab dah selalu nampak. Bagaimana pun, ibu dia maintain takut. Asyik tengok bawah je.....sedangkan kawasan rumah mertua ni bukannya ada semak samun, kampung ni ada jalan tar.

Update ni mungkin yang terakhir di kampung sebab kakpb nak ke Johor dan terus lepak di KL. Minta maaf kalau kakpb tak balas komen di sini, line maxis dan celcom kekadang mengong sikit. Agaknya sebab terlindong pokok2 kot....hehe...takde kena mengena.

Ok, jumpa lagi nanti dengan entry yang lain.

14 ulasan:

  1. teringat gak masa kecik2 suka makan manggis..tapi tak panjat pokok la ,cuma tggu kat bawah.rumah tok sedara mmg byk pokok manggis tp skrg kurg sikit nak makan manggis ni

    BalasPadam
  2. hahahaha..siap bergurau lagi dari bawah ye.. laporpo. watakungsi..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...gurau manja org dah kahwin, so...tunggu apa lagi Boni?

      Padam
  3. salam kak zana..
    tergelak baca cerita akak ni.. samalah ngan saya kalau blk kg hubby yg paling sy takut ialah pacat! kalau menengok durian memang asyik dok perhati ke kaki takut kalau2 ada pacat yg sedang memanjat.. hihi.. tp itupun sy berani ikut time musim panas.. kalau musim hujan mati saya takkan ikut punya.. hehehe....

    kat umah mertua pun ada juga manggis pokok pusaka dari atuk hubby lagi.. kalau musim buah mmg tak habis mkn sbb pokoknya besar & tinggi.. memang kena panjat.. samalah cara mcm cikgu fahmie buat tu juga.. cuma biasa hubby gunakan bakul.. dah penuh bakul turunkan guna tali.. org kat bwh tukang sambut. bab takleh tuang kasar2 tu memang ada betulnya.. buah manggis kalau dijolok & buahnya jatuh dari jarak yg tinggi biasanya tak boleh disimpan lama... buahnya jd keras & tak boleh dimakan. tp kalau dimakan pada hari yang sama tak jadi masalah... sebab tu kalau yg terjual tu.. bila nak pilih buah manggis yg elok.. caranya mesti kena picit sikit kulit dia.. kalau kulitnya lembut baru ambik. kalau picit kulitnya keras kejung tak usahlah ambik sebab buahnya dah tak cantik lagi... sah2 buah yang terjatuh dari pokok atau buah yang dah 'dikasari' yang di petik beberapa hari.. hehehe... tu petua yg en. hubby sy bagitaulah.. maklum kat kg sy manggis belum berbuah lagi.. mmg tak tau sgt bab2 petua org dulu2 ni..

    BalasPadam
  4. wahhhhh!!!!!!!!!!!! sgt jeles!! tun palingggg suka makan manggis! kalau beli seplastik tu tun blh habiskan sorang2 je ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak baik jeles....nanti cepat kedut muka tu..hehe

      Padam
  5. Manggis kampung kakak tahun ini tak menjadi. Banuak getah kuning di dalamnya tak athu kenapa. Kata kakak ipar kakak sebab asyik hujan/panas/hujan/panas jadi macam tu..

    BalasPadam
  6. Wah hebatnya suami akak memanjat.. Bestkan kalau ada pokok manggis sendiri, boleh makan puas2.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tersangat la bestnya Nur sebab sebelum ni bila kita org balik, daun manggis je lebat..
      tahun ni memang nasib baik, semua menjadi.

      Padam
  7. antar ler sebaldi dua ke meru....kalau kurang baldi...guni beras ucu courier kan...hahahaha...

    BalasPadam
  8. huhuhu. best jugak musim buah masa cuti-cuti ni kan.

    takde la bosan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok tapi berat badan pun best jugak naiknya...huhu

      Padam
  9. baca entri ni teringat kat kg zaman kecik2 dulu bila tiba musim buah.. :D

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)