my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Labuan

Assalammualaikum..... Cuti sekolah kami tak balik semenanjung dan Labuan ni memang dalam list percutian kami. Walaupun ramai yang kata takde apa di sini, sekurang2nya kami dah jejak dan tau bagaimana rupa Labuan.

Labuan terkenal dengan....coklat!! Sah2 kena beli coklat banyak untuk diri sendiri atau saudara mara:) Kakpb beli yang biasa2 je. Emak suka Daim. Anak pun suka yang tu juga....
Paling best, minyak wangi.....ntah ori ke tidak, tak tau pula. Kakpb beli juga sebotol kecil, untuk koleksi. Cikgu fahmi jual mahal, taknak beli pulak!!

Plan asal bukan nak pergi hari Ahad lepas. Tapi ntah macam mana, bangun pagi tu kakpb terus ajak cikgu fahmi kesana. Mood tengah baik nak jalan. Kami menaikki kereta dari KK ke Menumbok, lebih kurang 2 jam lamanya. Inilah kali pertama kakpb melalui Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan lain2 lagi. Seronok juga tengok pemandangan rumah kampong sepanjang jalan. Hilang stres teringat keluarga di Johor.

Sampai di Menumbok, kami memilih naik bot laju daripada bot penumpang biasa. Tambangnya sorang RM15, kalau bot penambang RM7 cuma masa perjalanan agak lama. Bot laju sampai cepat, kurang dari setengah jam. Waktu pergi pukul 10 pagi, ombak agak kuat jadi keadaan dalam bot seperti di hempas-hempas punggung ini.

Tiba sana perut dah menggelodak, kami cari kedai makan yang berhampiran. Sedap masakannya (sebab perut tengah lapar) Lepas tu baru plan cari hotel.
Kami menginap di Hotel Ambassador, satu malam RM118. Sebenarnya banyak hotel lain tapi sebab dah penat menapak kesana kemari. Masing-masing bawa baju sehelai dengan beg sandang kecil. Memang tak plan nak bermalam tapi sebab dah letih sangat, terpaksa juga bermalam.


Kakpb beli coklat Hersley, Ferraro Roche, Daim, Mars dan Bounty. Kinder Bueno pula untuk kawan baik Aziz, ingat kawan dia mana2 pergi. Bajet beli coklat, hotel, tambang boat dan makan-makan lebih kurang RM300, ok tak?

Kakpb tak sewa kereta walaupun murah sewanya, RM60 kancil dan RM100 untuk Vios. Lain kali mungkin nak jalan2 sekitar pulau ni. Takde yang menarik selain daripada COKLAT!!
Ok la...kakpb tak dapat nak blog walking. Dua tiga hari ni emak ada kat sini, begitu juga mak saudara, kakak, abang ipar, anak saudara......ahad ni majlis kahwin anak saudara kakpb dengan orang Sabah.


Terima kasih mereka yang sudi komen. Nanti kakpb balas kunjungan bila selesai semua hal keluarga. Jumpa lagi......

12 ulasan:

  1. kira sama mcm kt langkawi la yek! syurga coklat.
    mmm bla la sy nk smpi ke labuan ni...

    BalasPadam
  2. wow...

    bestnye tengok coklat...

    BalasPadam
  3. lum penah sampai kak..labuannnnnn tunggu zila akan dtg..

    BalasPadam
  4. oklah tu kak PB.. rm300 pun boleh kenal tempat org.. boleh shopping coklat lagi!

    BalasPadam
  5. saya pernah sampai labuan tahun 1995. siap beli vision lagi (bebas cukai). geram tengok udang harimau nya yg melompat2 di pasar.
    terbayang2 chimney dan pantai layang2..
    nanti kakbp upload gambar kat sana..nak ingat2 balik..huhu

    BalasPadam
  6. teringin jugak nak ke sabah atau sarawak...tentu seronok kan kak zana... ^^

    BalasPadam
  7. Salam k.zana....kenangan kami pegi Labuan d lambung ombak.serik dah rasa nak g lg

    BalasPadam
  8. mala pergi labuan tahun 2004 dari brunei. masa tu masih jeti lama. mmg tak dak benda la kat labuan ni selain kita nak borong coklat :-)

    BalasPadam
  9. salam kak..

    bestnya bercuti..labuan boleh dikatakan dekat tapi sejak sudah besar ni blm lagi penah pegi sana..last sekali pun time skolah rendah..sadeynya..hihi..tapi paling best labuan memang la coklat..ok kak, happy holiday.

    BalasPadam
  10. salam kak pb.. tun nak pegi labuan jugakkkkk!! lama dh berangan, cuma x berkesempatan lagi..

    BalasPadam
  11. Labuan x pernh petgi kak ..dgr cerita mensrik kn..tggu lps ada baby nd pln nk ke sabah ..kot2 dpt jmpa akk kn..best jgk.

    BalasPadam
  12. Dpt tgk pemandangan yg indah sudah bisa mendamaikan hati..tambah ngan coklat..buat hati bertambah girang..heheee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)