my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nikah dan sanding Idham & Suryani

Assalammualaikum.

Fuhh...leganya, semua dah selesai, alhamdulillah. Majlis anak saudara kakpb berjalan lancar bermula dengan malam nikah hari jumaat 7hb June hinggalah hari sandingnya 9hb June, 2013. Ada sehari rihat sabtu tu, mereka ni (keluarga dan kawan yang datang dari semenanjung) booking 2 bot untuk ke pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Satu bot charge RM200. Sayangnya kakpb tak dapat pergi, kirimkan Aziz dan ayahnya je. Kakpb demam teruk. Hinggakan terpaksa injection kat punggung....haha...orang berseronok, awak demam!!

Majlis nikah yang dibuat di dalam dewan Habiba Suite, sebumbung dengan tempat penginapan kedua belah pihak agak memudahkan ianya berjalan tepat pada waktunya. Cuma Tok Kadhi malam tu banyak sikit ceramahnya....hehe...anak saudara kakpb kejap sengih kejap serius. Tok Kadhi pula kejap geleng, kejap angguk-angguk. Sebenarnya kami yang perempuan ni tak berapa dengar apa kata Tok Kadhi, microfon takde. Orang lelaki yang jauh sikit dari pengantin pun tak dapat dengar. 8.15 pm sah sudah bergelar suami dan isteri. Sayangnya kami tidak di panggil bergambar di atas pelamin malam itu. Mungkin silap pada jurugambar. Keluarga perempuan pun mungkin terlupa.

 Pengantin baru sampai, dengan baju merah rekaan oleh SikiePurnomo.

 Ni bukan pelaminnya.....

Cikgu fahmi dalam sakit tekak pun kena paksa nyanyi....

Nak jugaaaak....body pengantin sama seperti kakpb muda dulu tau, jangan tak tau! cuma rendang je. Anak sedara semua kelangit tingginya.

Last foto, sebelum majlis sanding, kakpb terjumpa si dia ni....
kebetulan mereka shooting di tempat yang sama, cikgu fahmi pun tegur dan borak sikit-sikit...filem arahan Bard Haji Azmi katanya.

Ok, setakat ini dulu. Ada banyak cerita nak kongsi tapi tak tertaip. Kerja masih berlambak selepas famili pulang semenanjung. Rumah kakpb dah macam hotel ni.

8 ulasan:

  1. Selamat pengantin br...
    Tu sharnaaz ahmad kn? :-)

    BalasPadam
  2. selamat pengatin baru buat mempelai ;)

    BalasPadam
  3. mesti Kak PB comel sangat masa muda2 dulu (eh, sekarang pun muda apa!!)

    BalasPadam
  4. Salam sisi,jemput like page kami-Jubah dari mesir. :) tq

    https://www.facebook.com/pages/Nouryls-Apparel/145479962288182

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baru...eh eh,kakpb duk mana yer?

    BalasPadam
  6. Tq Kak PB sebab sudi singgah blog Nur..Dah naik sek ni memang sibuk.. Selamat pengantin baru buat anak sedara akak..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)