“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Kejutan dari famili
Hari jumaat lepas aku dapat 'kezutan' dari abg ipar ku. Malam sebelum tu dia call........nak kirim rempah ke tak? apa2 je yg takde dia suruh sms. Dalam hati ku......dia ada kerja lagi kot kat Sabah.......esoknya aku sms kakak, takyah susah2 beli apa2 sebab kat sini pun ada cuma kekadang tu ada juga barang yg takde. Tapi takde masalah............
5 ptg aku tengah goreng cucur badak, ada call........
abg ipar ku rupanya..........."mlm ni kita nak datang makan tau..........4/5 orang kot"
aku....."haa? biar betul ni? kat rumah takde lauk sekarang ni........esok baru nak pergi pasar tamu"
abg ipar........"alah.....masak simple2 je. masak tau!"
Sudip ku letak, terus bersiap cari barang keperluan di Survey (ni je supermarket yg dekat dgn rumah). Tak sampai 1 jam shopping, bergegas balik sebab plan nak masak nasi ayam. Bagi aku nasi ayam paling mudah, tak banyak kerja sangat.
7.30 mlm dia call lagi, tak tau jalan nak kerumah walaupun sebelum ni dia dah sampai. Suami ku pergi jemput. Sampai dirumah ku, barulah aku tau ada kejutan yang di bawa........kakak ku rupanya ada sama. Betapa gembiranya aku dapat jumpa dia, rindu ku pada famili terubat juga. Walaupun mak tak bersama, tak kisah la.........sekurang2nya aku dapat juga mendengar berita keluarga di semenanjung.
Ada satu beg kiriman dari keluarga seperti biskut, rempah, kopi dan paling aku tak sangka, kakak ipar ku kirim roti canai segera buatan mereka. Roti canai abang ku memang sedap dan aku rasa tiada tandingan di kawasan kediaman mak tu.
Malam tu kami makan malam sambil sembang banyak perkara. Walaupun aku penat, aku puas hati dan gembira. Kakak ku bermalam di hotel KK. Bukan aku tak pelawa tapi dia pun faham agaknya, rumah ku ni tak lengkap lagi. Kalau dia tidur sini, aku hanya boleh bentangkan toto......hehe....katil bilik sebelah takde lagi......
Aku harap mereka semua puas hati makan malam di rumah ku. Ye la.......masak takde sedap mana sebab nak cepat. Esoknya kami rancang ke pasar besar KK sebab abg ipar ku nak makan ketam pulak. Ish....ish....baru makan malam, dah rancang nak makan apa esoknya......dia orang ni kalau datang memang suka cari tempat makan yang best2 di Sabah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kat sabah banyak makanan laut kan Kak... bestnye... orang kate murah2 dan segar2 pulak tu kat sana... betul ke Kak?
BalasPadamSalam kak zana, maaf klu makmi tanya ya kak. Kak org semenajung ka? Mcm keluarga mertua makmi pon klu dtg, cari tempat yg besh mkn. Durang paling suka seafood kan...ngeh²..
BalasPadamMesti gembira kan dapat banyak barang tu. dapat kejutan lagi..dapat roti canai segera lagi..he he..mesti senyum2 ja akak makan..
BalasPadamblogresepi.....mmg murah sgt..tp kerang mahal tau.
BalasPadammamami....semenanjung mari maa...famili kakzana ni suka mkn2. kalau dia org ada, tajuk utama mesti bab makan.
BalasPadammama tiara....mesti la best giler, dah la free. tp bila balik sana nnti kita pulak kena beli utk dia org kan?
BalasPadam