my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Makan dan shopping sakan!!

Kali ni entry aku pendek je, letih sangat ni.........takde idea nak tulis panjang2.Foto2 ni ketika kami pergi makan di Wisma Plaza Tanjung Aru. Boleh tahan juga makanan disini. Walaupun dah 6 bulan lebih aku disini, inilah kali pertama aku sampai ke Wisma Plaza. Itu pun tanpa Aziz. Kalau ada dia memang tak boleh lama2. Dia bukan suka sangat jalan malam.
Kami minum air kelapa (RM3), kueteow goreng, nasi goreng ikan masin, nasi goren paprik dan ayam panggang. Takde la mahal sangat. Bila2 free boleh datang lagi ni......


Ahad lepas, kakak ku shopping sakan. Masa bersiar2 di One Borneo, dia dan suami berkenan pula beli satu set dapur dan periuk jenama 'FRICO'. Lama juga kami disitu. Tau je la kalau pekerja dia orang bercakap, segala2nya nak di terangkan. Sebenarnya aku pun baru guna dapur ni...........sejak raya cina lepas........senang dan cepat memasak.


Masa kami beli dulu cuma dapat free mug, kali ni kakak dapat botol pula, cantik jugak kan........aku yang takde kena mengena pun dapat satu set (2 botol). Kiranya kakak ku balik nanti............penuh la nak jinjing kiri kanan. Tapi takde masalah rasanya sebab pekerja abang ipar ku ramai berkursus di sini. Dia orang boleh tolong bawa barang sorang satu.
Ok la.......aku letih bebenar sekarang ni...........nak baca suratkabar pun tak larat. Lepas ni nak buat kek untuk kakak bawa balik semenanjung pulak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)