Boleh jadi ke macam ni tiap2 minggu? Apa la yang dia orang buat ni........agaknya ada sebuah je lori angkat sampah kot?
Ni la yang aku tak suka........hari2 kena fikir, kena jengok2 kat luar tu......macam tunggu boyfriend pulak. Tunggu punya tunggu......tak terjengol jugak......sampah makin menimbun. Orang sebelah rumah pulak tengah renovate rumah dia, jadi dia tumpang letak tong dia kat rumah aku. Bertambah la bungkusan2 depan rumah ku.
Minggu lepas, makcik sebelah tanya bebudak yang angkat sampah........"mana korang pegi? tak datang2 aku tunggu"
"lori rosak cik!!" saje la alasan tu......"pekerja pun tak cukup, ada yang cuti sakit la.." alasan lagi.
Dah tu.......apa alasan dia orang minggu ni?
Kekadang aku kesian jugak kat mereka ni. Dah la keje angkat sampah (nasib baik dia orang nak keje macam ni) pulak tu......takde safety aku tengok.....takde sarung tangan getah, safety boot takde (pakai seliper je) mana la tak sakit, kuman kotoran masuk dalam kuku.
Teringat mak aku kat sana, selalu hulur makanan dan air minuman kat budak2 yg angkat sampah. Seronok dia orang dapat makan free. Kalau la belajar tinggi, dah tentu tak jadi macam tu. Tapi kalau dah semua nak dok dalam pejabat, sape pulak nak keje yang kotor2 kan?
hemm.....nasib....nasib....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)