my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Zebra kak zie

sebelum dibakar, begini la rupanya

kek selepas di potong


Pagi tadi aku bangun awal sebab abg Ramli minta buat nasi lemak untuk 30 orang. Sebenarnya plan asal, aku nak masak nasi lemak sambal udang dan rendang ayam untuk makan 4 atau 5 orang je. Dah terlanjur nak buat tu, dia suruh buat sekali untuk budak2 yang nak pergi berkelah di pulau mana tah............

Petang.........aku rasa tak cukup kek carrot tempohari untuk kakak bawa balik semenanjung. Jadi, aku cuba resepi dari kak zie, resepi.net. Nampaknya menjadi............sedap pula....kalau potong pun nampak cantik, licin je.......

Kalau kak zie terbaca blog aku ni, aku nak ucap terima kasih la.......kerana 'cik abe' aku tu pun puji........


Kek Zebra (sumber dari kak zie....resepi.net)
bahan A :-
6 biji telur (gred c)
165 gm gula caster
1 camca besar ovellet
45 gm susu pekat manis
25 gm air
1 camca teh vanila
bahan B :-
250 gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
(ayak 2 x)
bahan C :-
150 gm butter (di cairkan)
1 camca besar Dark Chocolate (aku guna choc emulco)
loyang ukuran 8"
Cara :
Loyang di sapu dgn marjerin. Lapik kertas.
Butter dicairkan, ketepikan dulu.
Panaskan oven 150C
Masukan bahan A dalam mangkuk dan putar 1 minit (jangan sampai kembang)
Masuk tepung, putar dengan high speed selama 10 minit.
Tuang butter yg cair tadi sedikit2 (5 x tuang) dan putar perlahan2.
Pastikan butter tu tak panas.
Bahagikan kepada 2 adunan, warna coklat dan warna asal.
Mulakan melapis, 2 camca besar di tengah2 loyang dan seterusnya. Bahgian ni aku main hentam je. Akhirnya jadi jugak...........


3 ulasan:

  1. salam zana..syok ekk gi jejalan ..tentu best..

    tertariklah nak cuba kek zebra ni..nanti kalau virus R datang akak minta izin c & p ajelah dari blog kamu..tq

    BalasPadam
  2. Alamak... cam susah jer nak melapis asik cante cenggini kak... takut lapis2 jadik rimau bintang pulak.. hhehe

    BalasPadam
  3. blogresipi....tak susah la dik non!! letak 2 sudu tengah2 loyang, lps tu 2 sudu lg kaler lain atas yg td dan seterusnya. nnti dia merebak ketepi hingga habis adunan. bila bakar jd le mcm dlm gmbr tu....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)