my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

AISKRIM NANGKA

Salam Sejahtera....

Hari tu tengok program kat tv1 kalau tak silap, chef tu ajar buat aiskrim nangka. Alahai.....terlior la pulak......
Pergi pasar tamu, belilah nangka RM2.....huh....tak berapa manis.

Petang........dalam peti ais masih ada baki whipping cream. Apa lagi, masa untuk menggodeh la! Resepi aiskrim ni aku tak sempat salin banyak mana dia punya sukatan. Aku cuma ingat kat otak ingrediant dia lepas tu terus catit dalam buku.

Sape2 yang nak cuba, boleh le....

AISKRIM NANGKA

Nangka 4/5 biji (potong kecil)
Whipping cream yg non dairy (katanya jangan guna yg dairy sebab tak kembang)
Tepung kastad
Gula perang (lebih bagus dari gula putih)
Susu segar (disebabkan susu segar dah habis, aku bedal susu cair)
Kuning telor 3 biji (aku guna 2 je)
gelatin 

Masak gula perang, susu segar, kuning telor dan tepung kastad menggunakan api yang kecil. Buat separuh masak (sebab ada telor tu yang kena masak)
Putar whipping cream dalam mangkok dan masukkan nangka. Kemudian masukkan bahan yang di masak tadi. Putar hingga kembang.
Simpan dalam peti ais selama 45 minit. Kalau tak silap aku keluarkan dan putar lagi aiskrim tu, simpan semula. Tak jadi........jangan cari aku ye......aku pun main taram je nih!

Inilah hasilnya......walaupun main hentam je.....sodap!!


masa ni belum betul2 keras tapi dah boleh makan...

Cubalah buat, bukan lama pun........kat luar takde perisa nangka yang seketul2 macam ni.

6 ulasan:

  1. Mcm best jek..nangka mmg fav. saya...tp saya sorang jer la..

    BalasPadam
  2. tu la...kalau kita sorang yg suka, nmpk gayanya, beli je la...

    BalasPadam
  3. mcm best kak :)
    kite kena kiv dulu bab buat2 eskrem ni..
    budak kecik tu tak boleh makan..doc x bg..

    BalasPadam
  4. pergh....aiskrim nangka pon ade ea...sedap x??? nak rase skett..:P

    BalasPadam
  5. seri...akak mmg kaki nangka..kalau pegi psr tamu, mesti beli..

    BalasPadam
  6. nas....kalau tak sedap, takkan habis satu tupperware?
    nak skit, boleh....mai sabah!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)