Lama tak buat dorayaki, rasanya sebelum ni buat asyik tak menjadi je. Tak tau la kenapa. Agaknya masa masak tu tak ikhlas kot? Orang kata kalau nak masak biar betul2 ikhlas, baru la sedap. Betul agaknya........
Pagi ni aku buat untuk bawa kerumah kawan ku. Mak dia datang dari semenanjung sebab jaga dia dalam pantang. Ini je yang ada kat dapur, aku buat dalam 6 keping. Jadi la......asalkan bawa buah tangan, daripada takde langsung kan?
Dorayaki ni sesuai makan waktu santai petang hari atau sarapan pagi pun boleh......
DORAYAKI
100 gm tepung kek/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60 gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen
Inti - 1 1/2 cwn kacang merah yang manis
Cara membuatnya:-
Dalam mangkuk besar, pukul gula dan telur hingga kembang.
Masukkan madu, minyak, esen dan kacau rata.
Masukkan tepung. Kacau adunan secara kaup balik dan tambah susu segar/cair sekiranya adunan terlalu pekat.
Panaskan kuali leper dengan api kecil. Masukkan 1/4 cawan adunan. Bakar sehingga kekuningan.
Setelah diangkat, boleh letakkan inti kacang.
Resepi ni sumbangan Skybue (myresepi). Aku tak guna kacang merah, kacang hitam yang ada. Sebenarnya lebih sedap kacang merah. Masa kat Tochigi dulu, balik kerja je aku akan cari kuih ni setiap kali ada pasar malam. Tapi dia orang buat lagi sedap, ada bentuk ikan dan lain2.
sedapnyer kuih ni hehe
BalasPadamsedapnyer..sedapnyer..sedapnyer..uncle pernah sekali beli kat aras bawah midvalley kekadnag tu sampai berbungkus2 bawak balik kat umah ..paling suka krim peanuts perghhh rasa penuh semulut hihihi
BalasPadamsuke dgn kueh ni.. ada resepi nanti boleh cuba
BalasPadamPosh...cuba la, takkan tengok je?
BalasPadamuncle....soh je org rmh buat, takyah susah2 beli, lagi jimat.
BalasPadamNor..cuba la, insyaAllah menjadi tu..
BalasPadam