Bulan lepas kami shopping barang2 dapur sekitar area rumah. Cari beras Basmathi, bolehkan tak ada semua tempat. Nak ambil beras biasa2 tu, sakit hati aku. Asal masak terlebih air sikit, dah lembik, benyek....kekadang takde banyak airnya, lembik juga. Beras kalau banyak kanji macam tu la.......tak boleh lama sikit dalam periuk, confirm basi.
Aku ni sebenarnya tak ambil kisah sangat pasal beras. Mana cik abe pilih, yang tu la aku angguk. Di sebabkan bila masak nasi selalu terbuang, kami ambil keputusan cuba beras Herba Ponni Taj Mahal. Dah namanya pun mahal, harga pun mahal la kan? Lupa pula berapa harganya, dalam RM35 kot.....
Jalan2 kat rumah Acik Google, jumpa la artikel pasal beras ni. Rupanya bagus juga ye! Aku copy paste kat sini sikit kebaikan beras herba ponni untuk pengetahuan kita semua.
BERAS Herbal Ponni Taj Mahal melalui pengkajian International
Diabetes Institute of Australia XI, dinyatakan sebagai bahan makanan kesehatan
yang dapat mensetabilkan gula darah dan mengontrol tekanan darah. Bahan
pokok makanan ini, dapat merubah zat keton menjadi negatif. Sehingga dapat
membuat badan selalu segar tidak lemas.
Menurut pengamat makanan kesehatan, Brand Miller, dalam beras tersebut
kandungan index glycemic-nya rendah. Oleh sebab itu, bahan pokok
makanan yang satu ini baik untuk dikonsumsi penderita diabetes. Beras ini,
berkadar gula dan fat rendah tidak berkanji.
Itulah sebabnya PM Singapura Goh Chok Tong melalui Healthier Food Declaration,
menyatakan Beras Herbal Ponni Taj Mahal sebagai salah satu produk makanan
kesehatan.
Dengan serat larut yang menyerap kelebihan kadar gula dalam darah, beras Herbal Ponni dapat membantu mengatasi masalah pencernaan, kabur penglihatan, linu tulang, dan masalah saluran air kencing.
Agak2 rasa nak diet dan kurangkan kebuncitan perut kita, boleh la cuba beras ni. Aku pun dalam proses juga. Kita tengok, menjadi tak......huhu....berusaha gigih ni...maklum la...umur makin meningkat, kena jaga pemakanan kita. Semoga teman2 semua sihat walafiat.
info lanjut di Harian Umum Suara Merdeka....terima kasih ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)