Samada ibu yang melahirkan zuriat tercinta atau ibu2 yang belum pernah atau belum ada rezeki menjadi ibu sebenar. Percayalah, walaupun kita tidak diberi peluang menjadi ibu didunia ini, kita pasti atau mungkin sudah menjadi ibu saudara kepada anak2 saudara sendiri. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi olehNYA.
Bagi aku dan keluarga disini, tiada hari tertentu untuk meraikan hari ibu. Tiada kek atau juadah istimewa dari kami untuk ibu ku dan ibu mertua. Hanya kami titipkan doa setiap kali selepas solat lima waktu. Moga kedua ibu ku dikurniakan kesihatan yang baik, jauh dari bencana, panjang umur mereka dan tabahkan hati menempuh onak duri ranjau hidup ini dalam meniti usia emas.
Pagi ni......kad ucapan ku terima dari anak ku......sebenarnya 2 hari lepas dah bagi tapi aku minta, tunggulah sampai harinya. Tengok tulisan dia, tonggang terbalik.....tapi....aku terharu kerana ayat yang di susun lahir dari hatinya sendiri tanpa di ajar......
Kad ucapan yang tertera tu la jadikan aku bergenang air mata. Hanya pelukan terima kasih ku beri padanya. Moga satu hari nanti, blog ku ini akan jadi kenangan untuk dia sekiranya aku tiada.
Untuk ibu ku......Hajah Amnah Bte Hashim.....selamat Hari Ibu....walau jauh di mata namun mak tetap dihati. Tak kira bagaimana sekali pun sikap mak terhadap kami anak2nya, kasih sayang kami hingga akhir hayat.
salam...belum lagilah nak jadi grandmother sebab anak-anak semua belum habis belajar..tunggu 5 tahun kot..insyallah..
BalasPadamselamat hari ibu buat kamu yer.
Salam kak..
BalasPadamselamat hari ibu buat akak..
terharu jugek dgn apa yg aziz tuliskan tu..
kak ina....wslm, manalah tau, kot2 jodoh dah sampai.
BalasPadamseri...setiap tahun dia mesti bagi, kita dulu2 pun takde bg kad pd mak.
slmt ari ibu =)..
BalasPadamhehe