Kami ke Penang seramai 5 orang tempohari. Suami nak tengok Kriket (ada la sorang dua bekas anak murid dia yg main tu..) Adik ipar pula nak kemajlis kahwin kawan dia di Kulim. Aku pula, sebenarnya malas nak ikut memandangkan letih perjalanan dari JB ke Kelantan tak habis lagi. Tapi....che abe sibuk suruh ikut juga, terpaksalah aku ikut bersama anak.
Aku tak pernah ke Penang dari pantai timur. Dulu2 direct dari Perak ke Penang. Lama dah aku tak jejak kaki ke sana. Kalau tak silap sejak jambatan Penang di bina, aku belum pernah lalu lagi. Teruja juga nak pergi......
Sepanjang jalan cuaca ok je. Tapi aku rasa sakit badan sikit sebab jalanraya bergelombang, berombak2, di tambah pula berliku2, sakit pinggang ni. Kami singgah sebentar di Tasik Banding (tepi jalan je) untuk bergambar. Teringat kakak ku cerita dia pergi hari tu dengan rombongan.....cerita lucu dia dengan pacat. Ni yang aku takut nak pergi.....tapi hajat di hati satu hari nanti aku akan singgah lebih lama di sini. InsyaAllah...
Tasik Banding yang kelihatan tenang dari jauh (ada apa agaknya dalam tasik ni? nampak macam misteri je..)
kat celah2 pokok tu ada beberapa famili tengah makan2, seronok aku tengok tapi kami tak bawa apa2..
Pertama kali melalui jambatan Pulau Pinang, aku tanya, boleh tak kita berhenti ambil gambar kat sini? Mungkin boleh kalau sekejap tapi memikirkan bahaya, lebih baik tak usah. Kalau kereta tak banyak, takpe. Aku dengar selalu jem kat sini waktu puncak hari kerja.
Kami terus ke tempat yang nak di tuju, rumah pak saudara belah suami. Melilau jugak la cari Queens Bay, nasib baik ada papan tanda (terima kasih kat papan tanda ni....hehe)
Berdepan dengan Queens Bay, Pulau Jerjak.......ramai yang santai petang hari di sini termasuk kami. Berpusing2 cari rumah saudara, kami lepak dulu makan rojak buah berapi dan legakan tekak dengan air batu. Aziz dah jumpa makanan favourite dia, sate ikan. Orang Kelantan pula yang jual.
akan di sambung kemudian.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)