Pagi.....aku sekeluarga dengan mak mertua bertolak ke JB. Hajat nak jumpa nenek belah suami dan keluarga sebelah arwah bapa ku yang dah lama tak jumpa (sejak aku kecil hingga dah tua ni, baru sekali jumpa)
Selepas bungkus segala lauk pauk dan bunga telor untuk saudara2, kami berangkat lewat juga lebih kurang pukul 10.45 pagi.
Di pertengahan jalan, tetiba aku teringat nak ke Pontian, tempat aku di besarkan. Dah takde sesiapa di sana sebab arwah tok dan adik dia dah meninggal. Cuma ada tok saudara (hubungan jauh) yang sakit tua. Jadi kami ambil keputusan ikut tol Simpang Renggam dan terus ke Pontian. Nasib la.....kalau ada orang kat rumah, kalau tak, terpaksa teruskan ke tempat lain.
Nasib baik ada orang kat rumah dia. Tok teh ku dah uzur sangat. Masa aku sekolah rendah dan menengah, aku selalu ikut arwah tok ku lepak kat rumah dia. Dia ada anak 9 kalau tak silap aku. Sorang perempuan, selebihnya lelaki.......jadi....aku selalu nampak dia berkain batik separas lutut, basah kuyup basuh baju berbesen2. Dulu2 tak mampu nak beli mesin, anak ramai. Sekarang ni aku tengok kaki dia yang bermasaalah. Terpaksa guna wheelchair.
Terharu ketika nak meninggalkan dia dalam keadaan begitu. Bila aku minta izin nak balik dan entah dapat jumpa lagi atau tidak, berjuraian air mata kami. Dia masih ingat aku ni siapa bila ku sebut nama arwah tok ku sebab mereka dulu begitu rapat. Ingatan dia masih kuat dan mata pun tak rabun. Aku doakan moga dia tabah menghadapi dugaan. Inilah lumrah hidup.........
Selepas di Pontian, kami terus ke Ulu Tiram, cari pak sedara aku yang tak jumpa sejak kecil. Dia pun ada buat majlis untuk anak dia. Sebenarnya aku dan keluarga dah lama terputus hubungan dengan keluarga sebelah bapa ku semenjak mak kahwin lain. Iyelah.....mak nak cari macamana kalau takde orang bawa? Sekarang masing2 dah besar, boleh cari sendiri keluarga yang terpisah.
Rasanya, inilah gambar pertama aku dengan famili arwah bapa ku. Entah bila dapat jumpa lagi. Kalau ada masa dan panjang umur, aku nak tidor pula kat sini, dapat borak2 pasal arwah bapa ku. Katanya, wajah ku mirip arwah bapa. Huhu.....mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? Ada juga kenangan dari arwah.....sedihnya aku.....
Malam......kami bermalam di rumah nenek 'abe' selepas sesat setengah jam dalam bandar JB mencari rumah dia. Biasa la bawa kereta kat JB ni, tak sah kalau tak sesat. Pada hal dah pergi berkali2. Mungkin 'abe' kita keletihan drive seharian.
nota aku: tak dpt sembang lama dgn nenek sb letih sgt
harap nenek n atok tak kecil hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)