my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

SERIMUKA (NanaSham)

Salam Sejahtera....

Banyak2 resepi serimuka, resepi yang ni aku selalu cuba, cuma lebihkan sikit gula sebab kuih ni kalau tawar tak sedap. Tapi kalau taknak menanggung kencing manis, baik jangan lebihkan gula. Tawar pun tawar la.......

Terima kasih kat tuan punya resepi ni walau aku selalu guna resepi dia, aku belum kenal lagi tuannya. Tak kisah la........dia pun dah dapat pahala sebab share resepi kat sini....

KUIH SERIMUKA

Bahgian bawah:-

500 gm beras pulut
400 ml santan cair
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak

Bahgian atas:-

120 gm tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung (tak letak pun takpe)
140 gm gula pasir (nak manis kena lebihkan)
3 biji telur
480 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
300 ml air + 10 helai daun pandan untuk air pandan (biasa aku tak guna daun pandan, susah nak cari......guna paste pandan dan pewarna hijau je)

Untuk bahgian bawah (pulut) rendam pulut 10-20 minit dan toskan. Tapi biasanya aku rendam lama, kalau nak buat pagi esok, aku rendam belah malamnya.
Satukan semua bahan bahgian bawah kedalam loyang dan kacau rata.
Kukus selama 20-30 minit sehingga pulut masak dan keluarkan dari kukusan. Sejukkan.

Untuk bahgian atasnya, pukul gula dengan telur.
Masukkan santan, garam, air pandan dan kacau. Lebih senang semuanya masuk dalam blender. Masukkan juga tepung kemudian di tapis.
Lepas tu aku masak atas api yang kecil, setengah masak je.

Pulut yang telah sejuk tadi, ditekan2 hingga mampat. Panaskan dulu air dalam kukusan dan letakkan loyang tadi untuk seketika. Kemudian baru tuang adunan atas (hijau) ke pulut tadi. Kukus dengan api sederhana. Masa ni air penutup kukus kerap menitik ke atas kuih dan aku kerap buka utk buang airnya.

Setelah sejuk, baru di potong dan apa lagi? makan lerr....

gambar kali ni memang tak menarik sebab orang yang snap tu memang tak ada senifoto.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)