my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Dari Anlene ke Hi Goat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...



Dua hari lepas che abe ku pulang dengan membawa sekotak Hi Goat. Sejak beberapa hari lepas aku asyik sebut nak minum bendalah ni...

. Dengan tersengih aku ucap terima kasih dan ayat power ku, "ayah tau tak, ibu baru baca kat satu blog kalau tak silap, suami yang memberi isteri dan anak-anaknya makan, akan diberi pahala yang amat besar!" dan dia tersenyum terima pujian ku.....hehe....

Dari apa yang ku baca, Hi Goat ini lebih bagus dari susu Anlene. Bukanlah aku nak menidakkan yang susu Anlene tu takde kualiti. Selama ni pun aku minum Anlene juga cuma sekarang ni aku nak beralih arah ke Hi Goat. Itupun sebab kawan suami ku yang isterinya seorang doktor mengatakan susu kambing lebih bagus dari susu lembu.

Sebenarnya bila minum Anlene tekak ku memang agak mual sedikit tetapi tidak dengan Hi Goat ni, rasa seperti kita minum susu segar je.

Lagi satu banyak kebaikkannya seperti mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, penyakit kuning, asma, susah tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain dan buah pinggang.

Harga pun mampu beli. Pagi tadi masa aku lalu di pasar tamu, ada satu kedai makan jual Hi Goat ni dengan harga RM3.50 sepeket. Kalau beli sekotak tak sampai RM50, baik beli sekotak, ada 15 peket didalamnya.

4 ulasan:

  1. sy pernah beli skli peket kecik untuk try.. mmng best pun kak.. p xtaw la jnis ni k x, y sy beli 2 campuran kismis sekali..p rasanya brand sama k0t,mmng best sbb sy mmng suka susu mcm dutch lady n lucky day 2.. huhu

    BalasPadam
  2. salam...
    nanti nak cuba la susu ni...

    BalasPadam
  3. Ibnu dan Pklong, terima kasih kerana sudi baca.

    BalasPadam
  4. salam..
    Susu Kambing : Susu Terbaik Di Dunia Selepas Susu Ibu | Minuman Sunnah Amalan Para Nabi | Kuatkan Sistem Imunisasi | Tinggi Protien, Kalsium, Selenium, Vitamin | Membantu Mengubati Kanser, Demam Kuning, Gastrik, Asma, Lelah, Penyakit Kulit, Ulser dsb | Tanpa Gula | Tidak Sebabkan Alahan | Awet Muda | Tingkatkan Daya Ingatan & Tumpuan |

    Tempahan Produk Hi GOAT Sila Hubungi : 012 – 3584448

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)