my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

RinDu terlerai dgn BlaCKy

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bagaimana cuaca ditempat teman2 blogger sekarang? Di rumah ku sekarang ni suasana gelap, langit KK diselaputi awan mendong dan hujan turun seawal pagi. Pasti yang tak bertugas hari ini akan sambung tidur lagi. Internet pula sekejap ada, sekejap putus.......aduhhh...

Sejuk2 begini teringat pula kat arnab belaan ku dulu, bila sejuk.....
.bulunya mengembang, kalau dipelok, suka sorokkan muka dia.
Aku rindu sangat nak bela binatang lagi tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan.

Hari tu singgah rumah kakak ku di Lahad Datu, aku dapat lepaskan rindu pelok 'Blacky', kucing mereka.


 Ibu Blacky jenis kucing yang hidung kemek tu, dia ni masih muda lagi tapi badan besar.
sedapnya pelok diaaaa....

Lucunya si Blacky ni diberi minum susu tepung yang biasa orang minum, habis berak2 dia. Sepatutnya diberi susu untuk kucing tapi anak kakak ku kata, takpe beri susu yang biasa kita minum. Manalah tak berak2, aku pesan kat kakak ku, kucing ni minum air biasa pun takpe.


nota aku: balik cuti nanti nak lepas rindu kat kucing kakak di BB.

4 ulasan:

  1. wahhh akak ni peminat kucing ke mesti seorang yg penyayang kan hehe.. :)

    BalasPadam
  2. haha...memang peminat tegar!! penyayang tu....no komen.

    BalasPadam
  3. Kiubnya...saya pun suka kucing..anak-anak pun sama.Tapi mahal la nak beli kucing cantik..lagi2 kucing siam..hu..hu..mana dapat kucing tu..mesti beli..

    BalasPadam
  4. Ieza, kucing ni mmg baka mahal, anak sedara akak punya. Akak pinjam dia utk gambar je..hehe...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)