my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Kek Pisang English Style

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam nak upload gambar kek tapi line internet punya la lembab, kejap putus, kejap ok, aku naik malas nak ngadap pc. Sampai ke malam macam tu juga. Dua hari ni cuaca gelap je.......syukur alhamdulillah, walaupun sekejap hujan sekejap panas, kita dapat merasainya dengan tiada bencana alam.

Kek pisang English style ni aku buat dua hari lepas. Ada lagi dalam peti ais, seloyang kecil pun susah nak habis. Rumah ni kalau kek pisang memang agak kurang suka. Tapi disebabkan ada pisang 4 ketul dalam peti, aku teringin mencuba kek ni yang ku ambil dari blog Teratak NurKasih.......terima kasih ye! Tapi gambar kek ku tak secantik Puan As punya. Resipi pun aku tokok tambah sikit, tambah chocolat chip je!

Copy paste dari blog Puan As......minta izin ye.


Kek Pisang English Style

Bahan-bahan;
180 gm tepung (yatt gunakan 90gm tepung gandum dan 90 gm tepung cake)
70 gm butter
2 biji pisang di lenyek ( besar satu jengkal jari, kalu pisang pendek tambah satu lg)
1 biji telur
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar gula perang
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla
sedikit pisang potong
serbuk kayu manis
sedikit gula pasir
 tambah 1/4 cawan fresh milk

Cara-caranya;
Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat.Akhir sekali masukkan fresh milk dan gaul rata.. Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.


kek ku memang tak cantik dan menarik tapi rasa dan tekstur tetap lembut.
aku guna loyang kecil dan bulat, tak letak kulit kayu manis.

4 ulasan:

  1. Bestnya...saya oven rosak tak dapat la nak buat..hu...

    BalasPadam
  2. dia suruh Ieza rehat tu....

    BalasPadam
  3. salam kak,

    hi hi hi. mmg busy akak tgk ler sy punyer blog..skrg nie dah tak terjaga sangat kesian dier..keje menimbun, but yes, try my best to jenguk orang lain punyer gak. hey, tolong tambah byk2 lagi gambar kucing2 tu, suka!

    BalasPadam
  4. wslm...haa..baru nmpk batang hidong dia, jgn la bz sgt sampai buat akak tunggu nak makan 'nasi minyak'!!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)