my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Buat tambah dosa ku je...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nak tulis ke tidak ye? Tak tulis, hati tak senang......
Hubby kata, jaaaaangan! Nanti orang terasa pulak.
Aku kata, biarlah.......bukan nak kata dia je, aku ingatkan diri ku juga.

Ok, macam ni......
Jogging kat taman (tempat biasa kita orang jogging)
Mata ku melilau tengok sana, tengok sini.......biasalah, waktu pagi kan?
Tengok burung berterbangan.......
Tengok pohon-pohon kayu yang segar.....
Tengok bunga-bunga berkembangan......
Dongak kelangit, nampak awan berkumpul......cuaca baik hari ni......




Tiba-tiba.....
Sakitnya mata ku melihat pemandangan tu......sayangnya aku tak boleh snap gambar....
Buat dosa aku berbakul-bakul sebab setiap pagi aku akan nampak 'dia' jogging sama....
Dengan bertudung, bagus la kan? Isteri soleha.......aku rasa dia dah beranak pinak kalau intai pada tubuh badannya.
T-shirt lengan panjang, ok la tuh! Belang-belang lagi, tapi tak sampai paras bawah punggung pun.
Kelihatan baju tu labuhnya bawah sedikit dari pinggang dia....



Aku tengok lagi bahgian bawah (seluar dia)
Alamak........boleh nampak bentuk punggung, peha dan betis dia daaaa....
Kenapa dia pakai macam tu eh, tanya ku pada hubby.....
Malas nak jawab soalan ku sebab setiap hari aku membebel benda yang sama...
Legging tu tak sesuai pakai untuk berjogging la 'makcik'....
Kalau nak pakai jugak, carilah baju yang labuh tutup punggong hang yang lebar tu....
Masa pakai tu tak tengok cermin ke?
Kalau jogging area rumah sendiri pun tak patut pakai macam tu, apalagi kat kawasan yang ramai orang.


Esok lusa pasti aku jumpa lagi dan aku akan bercakap benda yang sama.
Agaknya kalau aku pergi jumpa dia baru puas hati kot....
Tapi.......aku takut nak tegor, silap2 dia kata, laki aku tak marah pun?


nota aku: harap2 aku jadi lebih baik dari sehari kesehari....

7 ulasan:

  1. rumah dia cermin pecah kot.. huhuhu

    BalasPadam
  2. ingat nak segarkan mata dengan pandangan suci....dah tercemar rupanya .

    kekadang kita tak sedar apa yg kita lakukan tu kecualilah ada yg mengigatkan...

    tp tak ramai yg sudi mendengarnya..maka itulah puncanya manusia tak suka jaga hal orang lain.

    wajib laksanakan tanggungjawab sebagai muslim ingat mengigatkan sesama saudara kita.

    BalasPadam
  3. o0o..suka kene usha dek org laki.. nasihat kat adik akak tu...jgn rapat ngan negro~

    BalasPadam
  4. Lizzie...agaknya la cermin pecah, tu main sauk je..hehe..

    BalasPadam
  5. pakcikLie...tu la, ingat nak sound tp hubby kata jangan..

    BalasPadam
  6. shahjiehan...insyaAllah, kena ingatkan dia nanti.

    BalasPadam
  7. nak tgur rase salah..
    xtegur pon rase salah..
    abis tu nak buat pe???

    pikir3...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)