my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bergaya di Football Clinic







Tengok la mereka ni, baru je join klinik bolasepak dah berlagak macam professional....:P. Dapat pula bermain di tengah padang yang luas ni, dengan cahaya lampu terang benderang. Terasa macam Kelantan vs Sabah.....:) agaknya......

Malam tadi kakpb hantar anak di UMS untuk join klinik bola ni. Kalau anak2 ahli dapat murah. Takpelah kena bayar lebih sikit, dah minat sangat dengan bolasepak. Exam hujung tahun kalau fail, siap dia!!

10 ulasan:

  1. Main bola sepak pun boleh jadi kerjaya zana. Kalau kakak ada anak lelaki mungkin kakak juruskan pada permainan bola sepak. Tapi apakan daya tak ada anak lelaki...

    Bagus adik ada semangat nak main bagi sokongan padu zana.

    BalasPadam
  2. Zana risau dia lebihkan bola dari belajar kakzakie......sokong tetap sokong....kalau menjejaskan pelajaran, kenalah tarik balik:-)

    BalasPadam
  3. Kalau dah minat.turutkanlah daripada dia melayan benda lain kan..InsyaAllah pandailah dia bahagi masa antara main bola dan pelajaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ni aktif sgt Anum, menari, nasyid, bola....tu yg risau, mudah lupa ni.....

      Padam
  4. kalau aktif sukan, mungkin ada masa depan lain utk dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia mmg aktif sampai tak reti tdo siang, ada je nak dibuatnya..

      Padam
  5. jangan risau
    badan cergas otak cerdas...

    percayalah...

    BalasPadam
  6. Bagus anak akak suka bersukan.. Badan sihat, otak pun cerdas.. Zaman sekarang ni, budak2 lebih suka duduk di rumah bermain game dan gajet2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak keluar, intenet la jawabnya....atau tv...hemm.

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)