Ayat 128-129 Surah at-Taubah
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika di baca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malam. InsyaAllah.
4. Menambah keteguhan iman seseorang.
(sumber dari Himpunan Hadis Nabi dan Doa Harian)
Rasulullah SAW bersabda, "siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (hadis riwayat Tabrani)
Banyakkan menyebut Hauqalah seandainya kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai. Imam a-Nawawi berkata, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahwa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan dan tiada berupaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan). Serta tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT.
Hari ini hari lahir ibu yang ke xx (kaum hawa suka berahsia, jadi jangan tanya ye) Harapan ibu? Ibu mendoakan mudah-mudahan ibu di panjangkan usia, sihat walafiat dan dapat melihat perjalanan hidup anak ibu yang di kasihi hingga ke menara gading, insyaAllah. Ibu nak anak ibu berani hadapi cabaran hidup ini samada suka atau tidak. Seandainya ibu menutup mata, ibu nak anak ibu memandikan jenazah ibu dan sentiasa mendoakan setiap kali lepas solat.
Begitu juga ibu harapkan pada ayah, seandainya ibu tiada.....jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. Jika ibu menutup mata dan ayah ada di sisi, siramilah jasad ibu dan ingatilah setiap inci jasad yang pernah berbakti kepada ayah. Tangan yang memasak hidangan lazat untuk ayah, kaki yang
menurut kemana saja ayah pergi, bibir yang senantiasa mendoakan ayah didalam solatnya, mata yang memerhatikan ayah dengan penuh kasih dan wajah yang tidak secantik 'idaman' ayah inilah yang sentiasa berada di sisi ayah saat sudah dan senang.
Terima kasih ayah (cikgu fahmi) kerana telah menjadi pelindung ibu yang terbaik selama melayari bahtera perkahwinan yang penuh ranjau duri ini. Akan ibu kenang segala jasa ayah hingga akhir hayat.
Terima kasih juga kepada teman-teman blog yang sentiasa berada di sisi maya ini, kamulah teman terbaik kakpb di dalam hati ini.
happy birthday kak!
BalasPadamassalam kak..
BalasPadamhappy birthday... ! nape kecik sgt letak gambar? sempat gak sy intai2 td... heheeee...
kak! selamat harijadi kak. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
BalasPadam=D
selamat hari ulangtahun yg ke??? kak zana....semoga segala impian akn dimakbul dan dipermudahkan...Aamiin
BalasPadamAs salam k.zana.....
BalasPadamwahhh...dah tambah umur ye akak...seronoknya dapat kek free..awat halui sangat pic tu...terpaksa kecikkan mata nk tengok muka akak tau..
Selamat panjang umur ....ni no tel ucu...012 6546644...jgn lah pulak kata dail2 tak dapattt....hihihi:)
sayang akak..muah....muah...
salam kak zana,
BalasPadamhappy birthday to you!
Slmt hari lahir Kak Pb.
BalasPadammoga sentiasa sihat sejahtera dan bahgia bersama keluarga .
Selamat ulang tahun Zana.
BalasPadamAssalamualaikum kak Zana...Happy Birthday sy ucapkan & smoga segala doamu dimakbulkan Allah swt...Amin :))
BalasPadamsalam kak....takpelah nk rahsia2...huhuhu....
BalasPadamhappy bufday ya kak..=)
Happy birthday....semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Insyaallah...
BalasPadamassalam zana@pB..selamat hari lahir..semoga sentiasa didalam rahmat Allah
BalasPadamselamat ulang tahun. semoga panjang umur. dimurahkan rezeki dan menjalani hidup bahagia bersama suami dan anak-anak :)
BalasPadamselamat hai lahir kak...semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..amin..
BalasPadamHepi birthday! Birthday kita pun dah nak dekat ni...same month le kita..semoga pnjg umur murah rezeki....
BalasPadamslmt hari lahir kak pb
BalasPadamsemoga panjang umur dan murah rezeki serta sehat2 selalu ye
Salam.. Alahai Nur terlewat wish.. Happy Belated Birthday kak Zana.. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah sentiasa.. Nur doakan rumahtangga akak dengan Suami tercinta sentiasa dalam kerukunan, bahagia sentiasa dan disulami dengan kasih sayang hingga ke akhir hayat..
BalasPadamTiba2 rasa sedih pula baca entri akak ni.. jaga diri baik2 ye. Nur sayang Kak Zana juga..
Smoga zana diberkati Allah SWT dunia akhirat. Happy Bday, Zana!
BalasPadamselamat hari lahir kak zana...semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah....
BalasPadamsalam k.zana....sorry belated birthday, smlm line internet kita tido seharian....btw happy bornday k.zana....semoga sentiasa dlm lindungan ALLAH & sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang, amin3x.
BalasPadamHappy Befday kak zana...smg segala impian akan jd kenyataan
BalasPadamHappy belated bday kak zana... semoga bahagia di dunia dan akhirat... :)
BalasPadamselamat hari lahir kak, semoga dirahmati Allah..
BalasPadamhappy belated birthday akak zana...semoga sentiasa di bawah rahmat Ilahi
BalasPadam