my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Bandung part 1 - Tangkuban Perahu


Alhamdulillah, kakpb dan keluarga dah selamat berada di semenanjung. Kakpb sampai semalam pukul 7.30 petang setelah flight tertunda sejam lebih. Rindunya nak makan makanan orang kita. Walaupun tekak kakpb boleh masuk dengan masakan nasi padang, tapi tetap teringat nasi lemak dan kuih muih kita. Wah...macam la pergi bercuti berbulan, dah rindu bagai.

Sewaktu kakpb di sana (bandung) cuacanya panas waktu pagi dan hujan setiap petang. Jadi kami kerap berjalan dalam hujan. Kadang tu tinggalkan si bujang dalam bilik hotel dan kami santai2 berdua saja.

Mulanya kami menginap di Hotel Cihampelas, hari terakhir pindah pula ke Hotel Trio. Ada sebab pindah tu. Hotel Cihampelas ada dua, Cihampelas 1 dan Cihampelas 2. Kami di Cihampelas 1, ada pak supir yang tunggu di airport dan hantar hingga hotel. Wang pertama mengalir 50 ribu untuk bayar supir.  Bilik hotel agak selesa, tv yang segala rancangan ada, terang gambarnya walau agak buruk. Biasalah....di Bandung ni kakpb nampak semuanya seperti bandar lama. Aircond tersedia, bilik air ada air panasnya.....cuma...panasnya sekejap je...hehe..

Soket, masalah besar di hotel ni. Kami minta soket internasional, mereka bagi tapi.....hemm...baik korang bawa sendiri dari rumah. Kita orang siap beli kat sana. Ye la...mana nak charge handphone, laptop, tablet bagai tu kalau takde bendalah tu kan? Malas nak bising2 komplen itu ini. Dah panggil orang repair pun tak di ganti baru. Lepas tu kalau nak gosok baju, kena minta sterika dari lobby, manjang je orang lain guna. Sudahnya sampai hari check out tu baju kakpb renyuk seribu, belasah je la...

Dari hotel ni nak ke Ciwalk (shopping mall) agak jauh kalau menapak, baik korang naik Angkut-angkutan. Baru berapa ribu je, rupiah tau. Sepanjang kat Bandung ni, kakpb dah biasa naik kenderaan tu. Cuma kena selalu tanya orang mana tempat nak tuju sebab ada Angkutan yang tak lalu tempat kita nak pergi. Sambil hirup udara luar (takde aircond ye) sambil dihidangkan dengan lagu2 dangdut mereka. Best juga sesekali layan dangdut yang kita tak biasa dengar di Malaysia.

Hari pertama sampai kami terus ke Tangkuban Perahu. Perjalanan agak selesa hinggalah sampai atas barulah sesak. Rupanya hari tu hari mereka cuti juga, jadi ramailah orang Jakarta turun Bandung. Masuk Tangkuban kena charge seorang 13 ribu seorang, itu pun sebab pak supir kakpb tu nasihatkan kalau di tanya oleh penjaga pintu tu 'dari mana?' katakan saja 'dari Jakarta'. Kalau dia tau orang luar, akan di kenakan bayaran 300 ribu.

1 ribu rupiah = 0.32 MYR
50 ribu rupiah = 15.85 MYR
100 ribu rupiah = 31.69 MYR

Pening juga kepala ni asyik mengira matawang Indon yang ribu riban. Kakpb download kat handphone Money currency converter, senang mana2 pergi nak bayar apa2 terus kira.

Di Tangkuban Perahu kakpb takde plan pun nak beli apa-apa seperti keychain, senduk tanduk kerbau, topi bulu arnab dan lain2 tu. Tapi ada sorang dua peniaga ni yang kepala batu, orang cakap taknak pun dia tak faham bahasa. Dia follow kakpb sekeluarga sampai selesai berfoto. Dia tawarkan keychain jualannya lebih kurang 10 keping berharga 350 ribu rupiah. Ko gila? Ingat kita tak pandai kira duit? Cikgu fahmi dah naik angin dah, muka mencuka je. Dia minta kurang tak dapat, ikutkan hati nak tinggal je tapi sebab dia mendesak suruh beli, kami pun sanggup bayar 150 ribu saja. Selesai. Kakpb tak sabar nak balik, bosan sangat dengan kerenah penjual2 ni.

Kakpb tak turun kebawah mandi lumpur, tak larat nak jalan sebab tak plan langsong nak main lumpur. Lain kali le nampaknya......lepas berfoto bagai dan dapat serba sedikit penerangan dari pekerja di situ tentang batu-batu, keadaan mukabuminya dan lain-lain lagi. Kami rancang terus pulang ke hotel. Kerana beg-beg belum simpan di bilik.

nota kakpb: entry di tulis pagi tadi dan bersambong hingga ke malam baru dapat publish
                 ada masa nanti kakpb cerita lagi, terima kasih bagi yang sudi komen.

12 ulasan:

  1. wahh best nye akak and family pergi bercuti . :) jeles pulak kite hihi

    BalasPadam
  2. dengar cerita mandi lumpur kat sana bagus untuk kulit kita kan>

    BalasPadam
  3. Hotel Cihampelas, pernah juga tinggal di situ.
    tangkuban perahu mmg macam tu , jgn layan kalau sekali kita tanya pun dia akan ikut kita sampai balik.

    BalasPadam
  4. kak zana, bagusnya entry ni..senang la intan nak buat rujukan kalau nak pi sana..terima kasih :)

    BalasPadam
  5. assalam k.zana
    cc ke Bandung, jauh tu , mesti byk shopping kan ..

    BalasPadam
  6. salam kak PB..
    sonoknya kak dpt kenal2 tempat org..
    pernah juga dgr pasal kerenah penjual yg suka memaksa pelancong membeli.. boleh hilang mood nak bercuti kan...

    BalasPadam
  7. Salam, Kak PB. Memang sakit hati dengan penjual2 tukan. Saya terus hilang mood kat Tangkuban Perahu tu. Mula tu naklah turun jalan2 tapi mereka dok mengekor kita dan berkerumun. Selagi tak beli barang selagi tulah dia ikut. Last2 saya tinggal balik, geram betullah!! Barang idamannya saya beg bulu arnab.. hehe

    BalasPadam
  8. Kerenah penjual disana memang begitu zana.suka memaksa kita membeli. Nak2 bila kita tanya rega.akk dah tau tektik diaorang..jd akk tak nk tanya apa2 klau taknak beli.pendek kata tak bleh nk cek regalaa..

    BalasPadam
  9. bestnyer cuti2 kat sana..
    tp sy tingin kat nk pegi sana, nk pegi soping kat bandung
    org ckp sana murahkan baju2..
    tu yg nk gi sgt ni.. hahahah

    BalasPadam
  10. Best baca pengalaman bercuti akak, boleh bagi panduan bila nak bercuti kat sana. Kalau akak selitkan banyak gambar lagi menarik.. K kak, rehat cukup2 ye. Nanti story lagi tau..

    BalasPadam
  11. Pengalaman penceritaan yang menarik....

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)