my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sambal petai tempoyak ikanbilis


Dah lama rasanya kakpb tak update tentang masakan kan? Rindu la pulak, lepas ni ntah dapat ke tidak upload gambar masakan bila dah kesana kemari nanti.

Dalam petiais kakpb ada stok tempoyak jiran sebelah bagi. Walaupun satu tupperware taufu fa saja tapi lama betul nak habis. Minggu baru ni kakpb beli petai kat pasar tamu, RM5 tiga tangkai. Mahal kan? Kalau tempat kita dapat RM3 kot.

Semalam kakpb dah buat sambal belacan tempoyak udang petai, jadi hari ni taknak guna udang. Nak ikan bilis pula. Kakpb jumpa resipi ni kat blog Dari Dapur kecil cik Azz. Terima kasih ye Cik Azz sebab bagi idea bagaimana nak pelbagaikan masak petai dan tempoyak. Kakpb ubah sikit dari Cik Azz.

SAMBAL PETAI TEMPOYAK IKANBILIS
@blogsurirumah

1 mangkuk kecil ikan bilis (dlm 2 genggam)
3 papan petai, dibuang kulit
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
 10 biji atau lebih cili padi
1 biji bawang besar (di hiris kasar)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit gula dan garam
2 sudu besar tempoyak

Cara-caranya:

Tumbuk cili padi, bawang merah kecil dan bawang putih.
Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk.
Kemudian masukkan ikan bilis (basuh dulu ye)
Biarkan sedikit garing tumisan tu, baru masukkan tempoyak.
Masukkan petai pula (masa ni kakpb tak tambah air, saja nak buat pekat-pekat)
Masukkan garam dan gula. Akhir sekali masuk bawang yang dihiris kasar.
Siap dihidang dengan nasi panas.

nota kakpb: kalau tengok pada rupa memang tak menarik, bila dah masuk mulut...fulamak...

21 ulasan:

  1. sy slalu buat smbal cmni kak klu ade petai + tempoyak,buat pedas2 kasi kick skit,
    mkn ngn nasi panas2, perghhhhh menambah2, huhu

    BalasPadam
  2. ooo... baru tahu sambal boleh campur tempoyak. nampak menarik...

    BalasPadam
  3. nasib baik saya tak pandai nak makan petai.. kalau tak, boleh terliur je ni..hehehe

    BalasPadam
  4. haaa tu diaaa...mesti btmbh mkn kalau mcm ni la lauknya..xtoleh kiri kanan ni..hehe

    BalasPadam
  5. Assalam kak pb, baru2 ni kita baru belajar makan petai..
    bayangkan dah tua kerepot ni baru nak pandai makan..hehe
    sedap rupanya kan petai ni..cuma baunya aje tak boleh tahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaikummussalam Ayu...bab bau tandas tu mmg kena hati2, sebaldi air jwbnya...heheW

      Padam
  6. alahaiii sedapnya...ada petai cmpur lak tempoyak....

    BalasPadam
  7. wahhhhhh sedapnya kak pb ...
    mengecesss bagi org yang puasa ni ...

    BalasPadam
  8. assalam pn@zana..kalau daha da tempoyak..petai lagi..memang sedap..acik pun suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam Acik, jarang dpt tempoyak tu yg suka sgt.

      Padam
  9. Balasan
    1. Iye ke fara...tapi ni bukanlah kegemaran akak dulu2, sb abe suka tu yg terikut mkn.

      Padam
  10. fuh.! terliur intan tengok! sambal petai tempoyak ni la intan duk minta kawan intan kalau balik kg kat k.lipis intan suh dia bawak sebab dia kata mak dia pandai buat..sampai sekarang x dapat2 ..adoeh..dah ada resipi n boleh la intan wat..cuma akak tambah petai je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa....intan kena cuba lepas ni, jgn mintak2 kat kwn lagi tau.

      Padam
  11. alahai dapnya...sambai petai tempoyak ;D

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)