Assalammualaikum semua.....
Kakpb minta maaf jika ada yang datang bertandang ke blog ni tapi entrynya sama je. Bukan apa, kakpb sibuk sangat di kampung ni. Masa sentiasa terisi dengan aktiviti memasak, menyopping (bukan shopping macam kat Bandung tu ye) dan melayan tetamu-tetamu mertua kakpb.
Untuk pengetahuan semua, mertua kakpb tak berapa sihat. Dia baru operate lutut, jadi kena banyak berihat. Jika ada apa-apa urusan rumahtangga seperti sidai kain baju, sapu sampah, kemas rumah, semua di uruskan anak-anak yang kebetulan bercuti. Bagaimana pun sekarang ni dia dah pun turun ke dapur, boleh la buat kerja sikit-sikit. Mak mertua kakpb ni memang tak boleh duduk diam. Ada je benda yang dia nak buat sampai kena marah dengan anak-anak.
Oklah...sebenarnya banyak benda yang kakpb nak share cerita di sini tapi sekarang ni dah pukul 10.30 malam. Tak larat nak reka ayat dan mengingati setiap apa yang kakpb lalui. Ada cerita menarik tentang anak angkat mertua dari USM, menginap di sini selama beberapa hari.
Nanti free kakpb taip lagi. Anak bujang ni sibok mengendeng nak guna laptop. Ayahnya pun nak jugak.....kita sambong lain kali ye. Terima kasih sudi melawat kakpb walau kakpb lambat balas kunjungan. Kekadang line maxis di kampung ni agak kedekut.
Semoga happy dengan keluarga...
BalasPadamsalamat brcuti di kg pulak kak..:)
BalasPadamHehehehe...berebut2 lappy eh kak? Takpe kak. Ambik ms akak ya? Jgn rushing2. Heee~
BalasPadamBawa balik satu lappy kena gilir-gilirkan zana. Anak mesti menang sebab cuti sekolah baru dia dapat lebih kan... bagilah:)
BalasPadamsemoga mak mertua kak zana akan segera sembuh tau..hehehe
BalasPadamTakpe kak.. Nanti senang2 akak blogwalking ye.. Moga ibu mertua akak cepat sembuh..
BalasPadamline tenet kedekut????? hehehehehehe
BalasPadamMoga cepat sembuh..doa daripada kami semua..In sya-Allah..
BalasPadamselamat bersantai2 dikampung ye kak..
BalasPadam