Tak habis lagi cerita jalan2 Bandung ni, kalau jemu dan muak, sila tutup page ni ye. Kakpb tulis sebagai kenangan kami di sana. Oh ye, gambar2 yang di pilih ni memang banyak sangat tudung si pemakainya sama je....hehe....tudung bawak 3 helai tapi yang sesuai dengan semua baju adalah 2 helai. Konon nak beli kat Bandung, dah pilih2 tak berkenan pulak. Akhirnya pakai je la yang mana ada tu...
Kisah bersambung jalan2 dan makan tengahari di Ciwalk. Punyalah ramai orang bersantai di sini. Kiranya ni tempat orang2 yang high class kot. Macam KLCC, agaknya la....kakpb pun jarang melepak KLCC tu. Kami makan di sini, Restoran Radja Kejil, 175 ribu, order nasi berlauk apa tah....masak dengan cili padi yang di potong2. Apa tak pedasnya? cikgu fahmi berpeluh2....kena pulak order air spesial kat situ, coklat berherba halia......haha...lagi la menganga kepedasan!!
Ni di Cibaduyut, banyak kasut cantik2 dan murah tapi tak larat la nak belek semuanya.
Lepas2 makan (dengar suara2 pelanggan tak puas hati servis kat situ, slow gila) jalan2 cuci mata setiap kedai barangan kasut, tas tangan dan lain2 lagi. Jalan saja laa......tak rancang membeli apa-apa. Teman anak bujang main Segway (mcm dlm gambar tu) 30 ribu rupiah. Seronok katanya......ibu duduk saja tumpang happy. Lepas beli makan malam (roti boy pun ada sini) kami balik dengan menapak je. Jalan dalam 15 minit dah sampai hotel.
Aktiviti esoknya, kami ke Cibaduyut, Kartika Sari..... di Cibaduyut katanya banyak kasut yang murah2 tapi kami cuma intai dan keluar, intai dan keluar. Tak berminat pula nak membeli. Kasut memang cantik tapi dalam otak cikgu fahmi cuma nak cari seluar jeans saja.
Di Kartika Sari, kakpb beli kek lapis 4 ketul, 2 kotak kuih kering dan sedikit kuih muih untuk sarapan pagi (saje je beli, pada hal dah sarapan di hotel) Sedap juga kuih-kuih mereka. Kopak poket RM200 beli kek. Nak menjimbit lagi satu hal. Rupanya mereka boleh kotakkan kek tu untuk naik kapalterbang tapi kami tak tahu. Bila tengok kat airport, senang je orang jimbit kalau dah di kotak. Lain kali boleh buat macam tu.
Di Toko Tiga, macam biasa la, seluar jeans pilihan cikgu fahmi. Kakpb pandang dan tolong angguk serta geleng.... kalau tak suka. Insyaallah ada rezeki datang lagi, turn kakpb pula beli jeans. Harga boleh tahan tapi masih murah berbanding di tempat kita, original pula tu. Orang kita je yang meramaikan dalam kedai.
Selesai shopping, terus pergi makan nasi padang bersama supir kami. Ada hidangan seperti telor ikan, kakpb pun hulur kat anak bujang sebab dia memang suka sangat. Bila makan, katanya.....kenapa lain telor ikan ni ibu? alah.....makan je laaa....macam tak biasa makan telor ikan pulak. Bila time nak bayar tu, terdengar pekerja tu sebut, otak (bukan telor ikan) hahaha....anak bujang kakpb terkejut berok. Patut ler lain rasanya, macam tauhu. Hemm....merasa jugalah otak lembu!!
Sepanjang jalan, ada saja show dari kera-kera yang telah di ajar untuk mendapatkan wang. Kesian kakpb tengok, walaupun dia binatang dan di jaga baik tapi dia berkerja lebih dari tuannya. Ada bawa motor, bawa tongkat, pakai spec tengah panas, bentang sejadah dan sembahyang. Memang melucukan.
Kami pindah ke Hotel Trio setelah dua malam di Cihampelas. Walau agak mahal sedikit dari Cihampelas, hotel ni lebih selesa dan besar. Orang kata boleh main kejar-kejar dalam bilik. Penat bershopping, lepak dari tengahari hingga petang. Ingat nak keluar ke Pasar Baru lagi tapi hujan lebat sangat. Tunggu esoknya.
Lain kali kakpb nak stay je sini, senang nak ke Pasar Baru dan tempat-tempat lain.
Esoknya sebelum balik (flight pukul 1 ptg) kami ke Pasar Baru lagi. Cari kain lace kiriman anak saudara kakpb. Seawal 7.30 pagi kami dah melepak depan pasar. Buka kedai pukul 8 pagi, berkeliling cari money changer sebab duit tak cukup nak beli kain. Rugi rasanya kalau tukar duit di sini.
Kakpb jumpa satu kedai India dalam pasar ni. Mulanya nak beli kain lace saja. Kemudian cikgu fahmi nak kain ela untuk buat baju melayu dia (raya tahun depan punya). Lepas tu melarat pulak, cari emak dan kakak kakpb punya. Tak selesai lagi sebab cikgu fahmi kata, baik beli sekali kakpb punya kain untuk raya, sedondon warnanya dengan dia. Bila di kira2 balik, wang rupiah ngak cukup, bayar dengan ringgit Malaysia pula. Nasib baik dia terima kad debit. Selesai. Tinggal duit pak supir dan tax di airport 225 ribu rupiah untuk 3 orang.
Penerbangan delay satu jam lebih. Dalam pada menunggu tu, sempat berkenalan dengan orang Bandung yang berkerja di tempat kita. Berbungkus bangkis bawa barang dari kampong, dengan kerepeknya.....cikgu fahmi kan peramah, dialah yang rajin bersoal jawab. Kakpb tolong sengih dan sampuk sikit2.
Selesai sudah percutian kami di Bandung, macam tak bercuti je sebab balik tu rasa badan letih sangat. Kaki lengoh tak usah cakap, hingga sekarang ni masih terasa. Bagaimana pun kakpb rasa nak pergi lagi untuk shopping baju.....wah...cikgu fahmi bersedia tau, ongkosnya!!
assalam kak pb
BalasPadamcuti2 Bandung, mesti banyak shopping ni he he
bilalah nk sampai sy ni, anak buah tiap tahun pergi shopping barang2 terutama kain utk pengantin kat butiknya
Salam kak pb.. seronoknya bershoppinggg!!! teringin nk berjalan2 jugak.
BalasPadamkak pb ..wahh shopping byk kew kak..best kan dpt cuci2 mata..zila pun sama kalau jalan mmg x bawak tudung byk..mana yg ada jew pakai.
BalasPadamsyurga membeli belah :)
BalasPadamkak pb, syoknya pi sana...memang shopping sakan nih..hehe
BalasPadambestnye kak jln2 bandung.Teringin nak pegi lagi soping2 disana.
BalasPadamwah...bestnya bershopping2 kat sana... mak aih... saya tak tau la bila akan sampai ke sana.
BalasPadamKalau tak pergi pulak tak tahu zana. Masa disana tak rasa penat tambah semua nampak murah. Bila balik baru rasa letih kan. tapi puas hati banyak barang dapat diangkut balik:)
BalasPadamorg muo belum sampai bandung lagi...tapi selalu minum air sirap bandung n mi bandung :)..best ye melancong ke luar negara..tahniah dah sampai bandung...
BalasPadamseronok baca citer kawan2 yg dah kesana...diri sendiri tak tau bila hehhe
BalasPadamjauh berjalan, luas pandangan..
BalasPadamtentu bnyk shopping...
Aslmkum, best la holiday kat bandung, tp masa sy pegi dulu pegnent 6 bulan, penat jugak, kalau ada rezeki boleh la pegi lagi :)
BalasPadamAs salam Yana,
BalasPadamVavavavavava...berjalan sakan ke Bandung! Mesti manyak shopping2 kan :))
Tudung kat Bandung tak tantek? peliknyeeee, taste lain2 kan... samalah!
Ya ampunnn sory kak Zana, mata berpinar2 selsema... huhuuu... Tak tahulah typo ke apa... Ampun kak! ;))
BalasPadamKat kg ye... ok2! Sempat lagi klau nak join last date jumaat ni... waktu Peru... hikhik
wah akakk...bestnyer cuti2 sampai ke bandung! aritu suami pegi pon duk pinor2 mata nengok gambo2 yg dikirimkan... soping2 abes2 kak! sutra sulam satu utk kita... wakakakakakaa
BalasPadamOrang kata,kalau dah jejak kaki kat Bandung mesti tingin nk pi lagi.Sy terpaksa mengiyakan..sebab bila tengok picas ni suma..mmg tingin nak p lagi.Best kan cuti2 shopping, makanan pun sedap.Udara pun nyaman jer..
BalasPadamErr..mesti beg beranak pinak ni hehe