my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Penang, Perak dan seterusnya ke....

Kakpb cuma nak share gambar ketika bercuti di Penang tempohari. Hari pertama di Hotel Bayview dan esoknya dua malam di Holiday Inn. Pagi sebelum check out, kakpb bawa anak bujang mandi swimming pool, kakpb tengok je, tak mandi pun. Sebelum tu kakpb suruh dia tunggang kuda dulu tepi pantai, RM30 (sebelum tu dia charge RM40) Dapatlah dia merasa duduk atas kuda, terhenjut-henjut....kakpb tumpang happy je.


di Bayview hotel, Batu Feringgi

Gambar di atas tu, selain hotel, kami makan di restoran Line Clear yang popular di Penang. Tengok pada papantanda dia tu, dah ramai artis yang datang makan. Rasanya pernah keluar di tv. Mulanya anak kakpb tak pandai nak order nasi kandar. Dia nampak nasi beriani, dia terasa nak makan. Tapi lauknya telor masin dan daging.....hehe...lantak la...


Paling best kami makan 'roti canai banjir', memang terkenang2 dan terasa2 kesedapannya. Nama restoran, Roti Canai Jalan Argyll. Cuma kakpb tak snap foto lauk2 kari ayam, daging merah dan parpu.


Ini juga kali pertama kakpb makan mee udang ketam di Tambun. Memang sedap tapi jenuhlah nak mengabiskan udang tu. Kakpb pula bukan peminat ketam. Makan pun sebab orang belanja.

Selepas pulang dari Penang, kakpb ke Perak pula dengan menaiki ETS (keretapi laju). Kami pergi berempat, emak kakpb ikut sekali. Saja bawa dia jalan rumah saudara belah cikgu fahmi. Kami bermalam satu malam saja kerana esoknya (hari ini) kakpb menginap di Tune Hotel Lcct. Kali ni nak jalan jauh sikit.

Selesa sangat, lepas ni boleh guna perkhidmatan ni lagi...kami ambil tiket pergi dan balik sekali sebab takut kehabisan, maklumlah ketika itu perayaan Deepavali. Emak pun nampak happy.
 
Oklah, kakpb minta maaf banyak2 sebab tak dapat nak balas kunjungan ketika ini. Selepas habis jelajah cuti2 sekolah ni, insyaallah kakpb akan jengah juga blog kawan-kawan. Jangan kecil hati ye....kakpb saaaaaayang semua!!
 
nota kakpb: update blog dari Tune Hotel, cekik darah betul hotel ni...
kalau tak kerana nak pergi sana, memang taknak bermalam kat sini..
 


11 ulasan:

  1. Wah!syoknya kak pb cuti2 msia mkan2..nyum!sukanya ketam..kno tune hotel tu,kak?cer citer skit :P tringin nk tau..boleh jgk buat pnduan :)

    BalasPadam
  2. assalam kak pb
    syoknye jln2, sampai Perak negeri sy tu he he merasa naik kuda ye wah best-best
    tgk kak ke Penang rasa nk kena pegi jg ni, rumah adik kat Penang gak

    BalasPadam
  3. assalam kakpb..acik pun keutara.lajak nak feri sampai langkawi

    BalasPadam
  4. seronoknya dapat jalan2 ;)

    salam kenal kakpb

    BalasPadam
  5. salam, tak tahu pulak ETS tu dah ada service ke Penang...TQ for the info.

    BalasPadam
  6. Wah Kak PB, syoknya…kak PB leh buat blog untuk review pasal tempat2 menarik serta tips nih..intan suka..hehehee

    BalasPadam
  7. sedapnye udang. kalah nasik lemak site pagi tadi :)

    BalasPadam
  8. Sedap benar tengok mee udang ketam tu.. Sungguh
    menyelerakan.. :)

    BalasPadam
  9. akak.... roti canai banjir tu feveret saya sangat2 kak.. pergh.. sedap tu

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)