my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Majlis Anugerah Cemerlang


Rabu, 8 pagi kakpb dan cikgu fahmi menghadiri majlis cemerlang anak bujang di Dewan Serbaguna daerah sini. Dekat je dengan sekolah dewannya. Kalau ada apa2 majlis, senang pihak sekolah nak guna sebab jalan kaki 5 minit dah sampai dari sekolah.

Seronok tengok budak2 ni buat persembahan, ada menari zapin, sajak dan anak bujang kakpb ada persembahan nasyid. Boleh tahan juga kumpulan nasyid mereka ni. Mewakili sekolah keperingkat daerah. Anak kakpb ni pantang ada apa2 program sekolah, dia tak malu nak offer diri. Alhamdulillah walau pun aktif menari, bernasyid, bersukan, dia masih dapat nombor 2 peperiksaan hujung tahun. Keseluruhan kelas tahun 4 pula dapat tempat ke 5.

Harapnya tahun depan lebihkan lagi usaha. Nombor tu tidak penting sebenarnya tapi peratus kenaikan markah setiap mata pelajaran lebih penting. Tahun depan kakpb dan cikgu fahmi dah rancang nak hantar dia tusyen lebih awal. Nampaknya akan sibuklah dia setiap minggu dengan kem bola lagi setiap malam jumaat.

14 ulasan:

  1. Tahniah buat bondanya (sbb telah berjaya mendidik anakandanya) ;).
    Anak Kak PB sama dgn anak saya, suka menawarkan diri bila ada apa2 acara,
    kita kdg yg naik penat tengok semua dia nak masuk.. tp as long dia happy
    kan Kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Miss Mirror..ikutkan je asal tidak menyimpang n salah minat.

      Padam
  2. Kak zana, Tahniah ya..Intan doakan anak2 KaK zana cemerlang dunia dan akhirat,.ameen!

    BalasPadam
  3. Tahniah buat anak bujang zana tu semoga lebih suksess lg lps nie.

    BalasPadam
  4. bergaya sakan.tahniah ;D

    ada org panggil pengat tp saya org kedah.
    mak dok panggil serawa, saya pon panggil serawa la ..hihi

    lain tempat lain panggil kot .;D

    BalasPadam
  5. tahniah ye.... semoga terus membanggakan kedua ibu bapa...

    BalasPadam
  6. tahniah..moga terus cemerlang..
    cantik dan luas dewan untuk penyampaian anugerah..nampak selesa..

    BalasPadam
  7. tahniah buat bujang cilik...semoga terus maju

    BalasPadam
  8. Tahniah buat anak kakpb. Bagus tu klau dia suka take part aktiviti2 sekolah..mesti dia sorang yg sgt confident...

    BalasPadam
  9. THniah! Smoga sentiasa mnjd anak yg cemerlang dunia akhirat....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)