my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Daging Merah Ala Thai

Resipi asal kakpb jumpa di sini, terima kasih Kak Noor dan asalnya dari blog Aznanie. Kakpb ubah cara masaknya. Daging segar dipotong seperti biasa dan perap dulu dengan halia, bawang putih, garam dan sedikit gula. Mulanya kakpb tuangkan juga sirap tapi bila di goreng dengan api kecil, sirapnya hilang. Jadi kakpb biarkan dulu hingga daging empok. Bila daging dah empok, kakpb tambah sirap lagi.

Begitu juga tepong jagung, kakpb tak letak. Sebab rasanya dah pekat kuah tu.

DAGING MERAH ALA THAI
@blogsurirumah

2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar, potong bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 btg serai, dititik
2-3 helai daun limau purut
kakpb tak guna tepong jagong
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau dipotong
garam
sedikit gula

Bila daging dah empok, angkat dulu dari kuali.
Tumis cili kering, masukkan serai, sos tiram, sos tomato.
Kemudian masukkan daging.
Nak nampak merah lagi, kakpb tambahkan sirap.
Akhir sekali masukkan bawang, cili hijau, garam dan gula
Jangan lupa daun limau purut.


empok, manis dan wangi....kakpb makan dengan nasi minyak ibunda, nanti kakpb update resipi nasi tu..

8 ulasan:

  1. Salam,zana..feberet sy ni klau masak daging..simple buat je daging msk sirap ni..suka lg klau letak sayur campur :)

    BalasPadam
  2. @QA's ~ mamapapa
    akak jarang masak mcm ni...anak akak suka rendang.

    BalasPadam
  3. Laa...tambah sirap rupanya..first time tahu pasal ni.. sapa la yg kreatif reka resepi ni..mmg xterpikir dek akal nak buh sirap..

    Thanks sudi kongsi ∩__∩

    BalasPadam
  4. nmpk meyelerakan...pasti sedap juga tu..tp bab sirap tu pestime tgk resepi sebegini :)

    BalasPadam
  5. feveret husben yana nih..dia suka mkn dgn ns goreng..biasa yana rebus daging dgn sirap dulu..dh msk br potong daging..blaja dgn org thai gak nih ^__^

    BalasPadam
  6. @Qasey Honey
    kalau kita mkn kat kedai yg resipinya dr thai, mmg ada masakan begini QA.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)