my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Kecemasan - patah tangan kiri





Assalammualaikum semua...
Ill
Kakpb minta maaf bebanyak  pada teman-teman yang meninggalkan komen pada entry yang lepas tapi kakpb tak dapat balas komen. Minggu ni kakpb agak busy dengan jahitan langsir untuk sekolah cikgu fahmi.

Mesin jahit kakpb yang antik tu dah di pasang motor. Jadi senang la sikit kerja kakpb nak menampal, mencantum kain yang koyak dan sebagainya. Seronok pula dapat menjahit semula. Cuma kakpb belum mahir gunakan motor tu, biasanya manual kaki tangan. Bila dah guna letrik ni, terlajak pula mesin sebab kaki kakpb belum pandai kontrol :)) Ada sekali tu masa sedap menekan, tetiba dia taknak berhenti. Eh..kenapa pulak? Rupanya pemijak tu termasuk bawah mesin jahit dan tersekat....

Semalam.......kita orang berdua nak jalan2 belakang rumah (tepi laut tu) dengan cikgu fahmi lerBlushing smiley....lenggang2 kangkong kesana. Tetiba nampak si Aziz menghala balik dari padang (dia terus pergi main bola lepas balik sekolah agama) Kakpb boleh agak dah, mesti bergaduh....tak pun merajuk dengan kawan....

Katanya terjatuh, airmata dah berjurai2 kesakitan. Masa jatuh dia terdengar macam bunyi 'patah'. Kita orang pun taktau nak buat apa, just pegang2 dan tengok2 je. Ada sorang lelaki yang tengah jogging tu nasihatkan, baik bawa pergi ke hospital bahagian kecemasan. Katanya takut terkena jangkitan.

Kakpb pun rembat handbag, surat beranak dia terus ke hospital Queen Elizabeth. Cikgu fahmi dengan seluar tiga suku dia tu, kakpb dengan baju selekeh, tracksuit....tak kisah dah. Sampai sana dah pukul 6 lebih. Nasib baik jalan tak jem dan orang pun tak ramai. Lepas x-ray, doktor kata ada patah di pergelangan tangan kiri. Apa lagi, berbalut ler.....kakpb mulalah membebelScreaming smiley. Itu laaa.....tadi kata nak main depan rumah. Tetiba pergi tempat lain pula. Ibu dah kata, minggu ujian ni tak payah la nak main kat luar. Itu pun nak minta beli sketboard, teringin nak main. Ayah ok je, janji dapat nombor satu.

Bila dah jadi macam ni, baru rasa serik.
"Takyah la beli sketboard tu. Beli take deck (sketboard kecik yang main dgn tangan) pun cukuplah"
:) selamat duit ayah!

Pagi tadi terkial-kial nak mandi sebab tak biasa lagi. Ayahlah yang jadi mangsa kena uruskan semua.
21hb nanti kena pergi pakar pula, buka simen tu.
Tak apalah, ini dugaan namanya kan? Orang lain tu lebih teruk. Alhamdulillah kita cuma picisan saja.
Doakan dia cepat sembuh.

10 ulasan:

  1. Minggu peperiksaan sekarang pulak kan zana mesti risau dan tak selesa.

    Moga cepat sembuhlah Aziz ye..

    BalasPadam
  2. Salam, Kak Zana.

    Ya Allah, kesiannya Aziz. Sy mintak2 Aziz bukan lefthanded.. tu jer..

    Semoga cepat sembuh, ya Aziz.

    p/s bestnya belakang umah Kak Zana ada laut ;-))))

    BalasPadam
  3. alahaii.. mcm ni lah kalau dah namanya anak jantan.. dulu adik lelaki sy pun pernah juga patah tangan... biasalah tu.. pengalaman namanya.. harap lepas ni aziz lebih berhati2 ye.. moga cepat semboh tangan yg retak tu..

    BalasPadam
  4. La..bila kenanya kak? Siannye Aziz..xper la..ank llk kan..xlasak xsah la..

    BalasPadam
  5. Salam kak pb..
    kesiannyer..semoga cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  6. Moga lekas sembuh ya? Tapikan kak, klu tak patah tangan - bukan hero namanya kan? Hehehehe....sy teringat adik sy dulu. Patah tgn sbb maen beskal. Adehhh! Tu seme experience. Tp kite as his parent, mmg panik jugak. Huhuhuhu....

    BalasPadam
  7. slm kak PB..
    ala kesiannya..mmg susah nk jlnkan rutin spt biase...moga cepat sembuh yer

    BalasPadam
  8. Baru nk beromantika....dah ada hal pulak eh zf...moga cepat sembub ye!

    BalasPadam
  9. saya tak pernah berhadapan dengan patah tulang ni. bila blogwalking dapat lah tahu sedikit sebanyak tentang patah patah ni. semoga dapat menfaat dari pengalamn orang lain. walaupun entry ni dah lama tapi dapat membantu.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)