my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kejutan pagi Sabtu!!

Assalammualaikum semua dan selamat pagi, rajin la pulak nak update pagi sabtu begini.

Hari ni sarapan cekodok udang saja. Sebenarnya dah bancuh drp semalam pagi tapi tak habis goreng, simpan dalam peti ais. Pagi ni malas nak ke pasar tamu, cikgu fahmi pun ada tugasan kriket jadi kakpb keluarkan cekodok semalam untuk sarapan pagi ni. Nampak lebih lembut pula bila diperap satu malam.

Habis kisah sarapan pagi, cikgu fahmi keluar nak tengok budak dua ekor dalam kandang tu. 
Tetiba dia panggil kakpb, ibu meh kejap!! Alaaa...nak apa pulak ajak keluar ni?
Marilah...ada surprise ni.....

Surprise?? Saya tak sukalah surprise2 ni......
Kejap je......(kakpb pun kelam kabut pakai tudung, dalam hati terfikir, apalah agaknya?)

Lepas tengok.......tonggang langgang lari masuk dalam rumah....hahaha...hehe...cikgu fahmi gelak!!
Ya Allah...tak sangkanya tetiba je dapat.....


uwaaaa....kenapa dia beranak?? siapa nak uruskan ni?? kelam kabut kami alihkan dia dalam sangkar lain sebab si MatYo tu agak ganas dan garang. Takut dia gigit atau pijak2 anak dia. Sekor dah terlepas keluar dari kandang.

Cikgu fahmi pun geli nak pegang, apa lagi kakpb? Oh tidak! sampai dia celik mata pun masih tak berani rasanya. Ada 6 ekor semua. Patutlah badan Sweety berat, mengandung rupanya.

Baru ni kami beli sangkar baru sebab sangkar lama tu dah nampak melendut lantainya kerana dua ekor ni terlampau berat. Mentedarah je kerjanya, bila nak angkat bawa keluar, menggelupur taknak di pegang. Masa kecil2 dulu berani juga kami pelok2. Sekarang ni tak berani pula, nak mencakar je.

Nampaknya tugas2 surirumah kakpb bertambah lagi. Semalam baru sambut Hari Wanita Sedunia. Macam takde makna bagi kakpb. Tugasan macam biasa juga. Bagaimana pun kakpb nak wish juga la pada teman2 kakpb di alam maya ni, SELAMAT HARI WANITA......korang dapat apa? Mesti dapat layanan special dari suami kan? Syukurlah.....

nota kakpb: kagum dgn dia ni, umur 60 thn macam 30an, cuba baca Tru Visage

7 ulasan:

  1. waahhhhhhhh....nmpk mcm baby tikus!! haha... kalau besar sket nnti mesti comeyy... suka anak kucing!

    BalasPadam
  2. Dapat cucu dh ke..hehehehh..byk tu...eeee geli den...rajin lh pasni kan jaga yg comei2 tu...hihiiii

    BalasPadam
  3. apa tu kak mcm baby arnab kan.. kan..cumilnya.. ^^

    BalasPadam
  4. Apa tu.Gelinya

    BalasPadam
  5. kalau sayapun tak beraniler penggeli mintak ampoun suruh pegangn...

    BalasPadam
  6. salam kak PB...
    hadoiii tergelak baca cerita akak ni.. penggeli rupanya kak ni ye.. hihi...

    sy pun geli juga.. tp tidak pada mamalia... sy geli pada ulat yg lembik2 jer.. yg lain2 tu xla geli sgt.. hihi..

    anak arnab ni serupa mcm anak tikus kan.. baru beranak warna merah takde bulu... hehe.. bila bulu dah tumbuh nnt sure comel giler ni...

    samalah mcm sy kak.. takde apa yg special pun di hari wanita... biasa2 je..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)