my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Udang Madu, Pancake

Assalammualaikum,

Sarapan apa teman2 kakpb yang di kasihi? Mesti sarapan sedap2 kalau di semenanjung. Nasi lemak lauk pelbagainya, sambal kerang, rendang ayam, sambal telor....huhu...rindunya nak makan masakan orang semenanjung. Kalau di Kelantan, pastilah nasi kerabu, laksam, nasi dagang, nasi berlauk...huhu...tambah berat badan jawabnya.A crying emoticon

Beberapa hari lepas kakpb buat pancake ikut resipi yang biasa, ntah kenapa asyik tak menjadi je. Ingatkan sebab guna tepong gandum kot.....lusanya pergi tepong kek dan susu segar. Pun tak jadi juga. Kakpb kalau 2/3 kali buat tak jadi, mula la merajok Angry smiley - really angry tapi disebabkan anak dan cikgu fahmi nak sarapan pagi, kuatkan hati juga mencuba kali ke tiga. Alhamdulillah, menjadi akhirnya. Cuma rupa luaran je tak nampak gebu. Tak kisahlah....asalkan lembut tak kejong macam hari tu..Big cheesy grin

Resipi korang boleh google kat mana2, sama je....tepong kek, susu segar, gula pasir, telor dan butter.

Ok, yang kat bawah ni bukan resipi sambal udang tau. Tengok rupa macam sambal nasi lemak eh?
Resipi asal drp Linapg/teratakmutiarakasih tapi disebabkan masa masak tu bahan tak berapa nak cukup, kakpb jadikan resipi ni lain pulak...Giggling smiley Lina jangan marah tau. Namanya pun kakpb ubah, Udang Madu...ishh..tak suka ahh sebut madu2 ni.


UDANG MADU
@blogsurirumah

  • Udang segar buang kulit dan belah tengah
  • 1 biji bawang besar di hiris2 nipis
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap manis
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
Disebabkan anak kakpb tak suka bawang, kakpb mesin semua bawang, bawang putih dan halia.
Udang di garam kunyit dan goreng sekejap.
Tumis cili kering, bawang mesin.
Masukkan sos tiram, kicap dan madu.
Akhir sekali masukkan udang yang telah di goreng tadi.


Akhir sekali nak tayang juga gambar pantai berdekatan rumah kakpb. Sebenarnya belakang rumah kakpb lautnya berbenteng. Pantai ni pula jauh sedikit kedudukannya dan baru saja dibersihkan kawasan sekelilingnya, jadi ada lorong menuju ke pantai. Tak ramai yang datang sini untuk mandi manda sebab kakpb rasa agak tidak sesuai. Bagaimana pun pasirnya memang halus lembut bila di pijak. Sesekali lepak2 untuk piknik, ok juga...Kiss On The Hand



25 ulasan:

  1. Zf....okje Tak boleh komen kalau pakai lappy ...nape eh?...ni terpaksa pakai hp...
    Tapi pancake tu mmg sedap...family faveret tu...tp selalu buat biasa je yg Tak manis...

    BalasPadam
  2. seronok nye berumah tepi pantai.syok tgk laut.hehe.

    BalasPadam
  3. satu hari nanti sy nak berkelah kat pantai belakang umah Kak Zana sambil makan nasi lemak ngan udang madu, hihihihi...

    BalasPadam
  4. satu hari nanti sy nak berkelah kat pantai belakang umah Kak Zana sambil makan nasi lemak ngan udang madu, hihihihi...

    BalasPadam
  5. apa ye yang silap dalam resepi sebelum ni ye kak...saya pun selalu macam tu 2-3 kali cuba tak jadi...padahal bahan2 sama je..

    kat seronoknya tengok pantai tu...tenang dan damai je rasanya

    BalasPadam
  6. tq share resepi.. tq ke blog KA n dah follow sini juga ye 719

    BalasPadam
  7. tun wat penkek xpenah ikut resepi, campak2 je.. biasa tun tambah baking powder sikit dlm batter dia.. hasben tun xbape minat penkek jd jarang buat..

    seronoknyer pandai dekat ngan umah... nnti nk join kak sari piknik blkg umah akak smbil makan udang madu.. hihi

    BalasPadam
  8. Sy pnh bt pancake ikut resipi. Gebu je dpt kak. Tp sejak tu, sy tak praktikkan. Entah mane pegi resipi tu. Hmmm...

    Amboi, udang madu tu upenye mcm sambal je kak. hehehehe...sedap lak rupenye...

    BalasPadam
  9. terima kasih kongsi resepi ini akak. nanti boleh cuba ini.

    BalasPadam
  10. Assalam Kak Pb, sedapnya nampak udang madu tu..udang dah manis dimasak dgn madu lagilah manis ni ..pasti sedap..ratah2 ajelah tak jadi lauk kalau kita..hehe

    BalasPadam
  11. Sedap ar udang maduuuuduuuu tu..tguda pulak...ratah begitu saja pun sedap tu...lama ddh x buat pancake...kalau buat selalu x cukup..tu yg malas nk buat...mkn roti putih je lh..sonannag...heee

    BalasPadam
  12. @Seri Kandi Tanah Jauhar
    nak berenang pun boleh..hehe..udang madu tak janji..

    BalasPadam
  13. @Ummiarissa Mahdi

    Rasanya sebab bancuhan tepong, baking powder dll tu tak samarata kot.

    BalasPadam
  14. @tun_telani
    kakpb tertinggal baking powder kat atas tu..hehe..dlm resipi mmg letak.

    boleh join piknik, bawa la pulut kuning ke..hehe

    BalasPadam
  15. @faraherda.razalan
    memang mcm sambal tumis sb akak blend bwng tu, cuma tak guna gula tp ganti dgn madu.

    BalasPadam
  16. @Ayu
    Ayu...kakpb tak teratah kat sini, terlampau kerap sgt beli udang.

    BalasPadam
  17. @Sury Abil
    org rajin buat kek, mmg la malas..haha..malas nak buat benda senang!

    BalasPadam
  18. cantik dan gebuss pancake kamu tu

    anak akak pun baru baik dari patah tangan ..ishhh budak lelaki ni macam-macam kerenah mereka kan. semuga anak kamu cepat sembuh

    BalasPadam
  19. salam kakpb..

    sedapnya nampak udang tu..kat sini udang tak fresh, tak sedap nak makan..huhu..

    p/s: Saya ada buat segmen 'Aku Seorang Surirumah'. Segmen tamat pada 30 April 2013, dan hadiahnya adalah Mivva Beauty Box. Jom la join sekali ye.
    Bacaan lanjut di sini: http://bardboo.com/segmen-aku-seorang-surirumah/jom-join-segmen-aku-seorang-surirumah

    BalasPadam
  20. Kak PB .. Kc paling suka pancake tapi yang hok melayu iaitu Lempeng.

    BalasPadam
  21. sedap pancake tak pernah buat,pasni teringin nak cuba

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)