Assalammualaikum di pagi Jumaat yang mulia ini, bagaimana agaknya suasana banjir di kawasan sekitar teman-teman kakpb ye? Musim hujan sekarang ni kan? Kat tempat kakpb pun hujan sekejap, panas sekejap....alhamdulillah terima saja pemberianNya.
Kakpb ni boleh dikatakan hari2 pening kepala fikir nak masak apa. Anak bujang tu kalau bab makan, memang cerewet yang amat. Takkan hari-hari nak masak special je, bosan juga ibu dia. Sesekali nak makan yang simple, telor goreng, ikan bilis goreng.....kan sedap tu. Anak bujang kakpb ni memang tak berapa suka ayam. Pelik juga kan....biasa budak2 suka ayam, dia lebih suka daging. Kalau ayam kena buat seperti chicken chop, barulah dia selera nak makan. Hemm..memang selera orang kaya la dia ni...harap-harap satu hari nanti pegang jawatan tinggi, bergaji besar. Nak makan yang mewah boleh terus ke restoran, tak payah ibu nak sediakan. Tapi...dah nama pun ibu. Tetap berusaha nak sediakan yang terbaik untuk anak dan suami. Sabar je laaa.....
Resipi ayam madu panggang ni kakpb ambil dari blog MatGebu. Cuma kakpb ada ubah sikit. Kakpb tambahkan sos barbeque ketika perap tu. Kemudian bila ayam dah hampir masak, kakpb curahkan kuah yong taufoo ke atas ayam dan bakar lagi. Kuah ni memang sentiasa ada dalam peti ais. Maaf la pada tuan punya resipi dan terima kasih ye Mat, izinkan copy paste dan halalkan tau.
AYAM PANGGANG MADU
oleh: @blogsurirumah
sumber copy: DapurTanpaSempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping peha ayam bersaiz besar
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu - (kakpb guna madu cuka epal)
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan (yg ni kakpb takde)
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas.
- Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.
Nampak menyelerakan ayam panggang yang Zana buat tu. Aziz makan tak? :)
BalasPadamDia makan sikit je kakcik..
Padamsedap ni kak :)
BalasPadamakak nak tya, boleh..saya ada register dgn kongsi resepi.com
pastu cm na nak pasang/ copy paste widget tu ltk dkt blog.. dorang suruh tunggu 24-48 jam
akak rasa tak perlu kot tunggu berjam2, sebelum akak buat ok je. taktaulah skrg..
PadamSaya dah beli majic pan...konon nk buat ayam panggang...
BalasPadamSampai sekarang belum buat lagi...
Nnpk ayam tu.,.berkobar2 nk buat...
hehe...takpe, simpan magic pan bukan basi pun.
Padamui...sedapnye...pagi-pagi dah tengok gambar makanan ni.....kecuq liuq
BalasPadamKilat mengancam selera ayam madi zana buat. Kalau dakat dapat kakak rasa:)
BalasPadampsst: Kakak mungkin bertolak pada 17 March ini.
kakzakie dtg la sini, zana panggang 2 ekor..hehe
PadamSedapanya ayam madu ni. terima kasih kongsi resepi ini akak.
BalasPadamYa Allah, nampak sedap betul ayam panggang tu berkilat2.. Aziz makan banyak tak?? Jarang pulak jumpa budak laki tak suka ayam ni, peliklah Aziz..
BalasPadamSedap ni kak..ratah2 gitu je dh cukup ni..ank2 sury kalau buat cmni mmg laju je..:-D
BalasPadamsalam kak zana.. alhamdulillah wani sihat . wani pun semput masa nak g jalan2 kat blog hu2 .. kat sini dah nampak mentari tapi family kat kb bonda sana memang dah banjir ..air masih lagi tak surut ..emm nampak sedap ayam ni dah tau bila guna madu ni .. ha2 mcm2 peel anak kak zana.. confirm besar natni erjawatan besar ameen :))
BalasPadamsedap...
BalasPadamterus rasa lapar tgh2 pagi ni :)
kak....menjilat jari...ketepikan nasi..ratah je ni..
BalasPadam