Semalam cikgu fahmi bawa pergi tengok wayang lagi. Macam biasa dia tu, tak cakap awal-awal, bini sedap-sedap landing depan tv, dia dah siap mandi dan tukar baju. Kita juga yang kelam kabut nak siap.
Jack The Giant Slayer.....cerita ni paling kakpb suka. Oh...mungkin ramai yang tak tahu, kakpb suka cerita dongeng yang tak terjangkau dek akal. Cerita macam ni memang tak buat kakpb mengantok, HD pula tu (walau tak suka) Kisah tentang Jack, seorang anak peladang menyelamatkan puteri raja yang di tawan oleh gergasi di dunia atas langit. Pengembaraan di atas langit inilah yang paling seronok kakpb rasa. Dunia gergasi yang suka makan daging manusia. Mereka hanya takut kepada satu sahaja dan itulah yang menjadi rebutan. Apa yang mereka takutkan tu? Baik pergi tengok sendiri, susah nak cerita, berbelit2.
Ok, terlanjur dah update ni nak kongsi juga beberapa minggu lepas kakpb buat kek ni. Sesaja buat. Sedap dan lembut. Sepatutnya kakpb potong lagi kek tu menjadi 3 lapis tapi sebab malas dan takut kek makin pecah (sebab kakpb keluarkan ketika panas).
Resipi daripada skyblue. Bolehlah tengok kat sana, macam-macam adaaaaa....
rajin sungguh menengok wayang, kita pun tengok jugak tapi cerita Rock OO.. hehe..
BalasPadamkita pun tak berani nak potong2 kek berlapis2 :-(
Uhuuu...ank2 dh besr blh lh kluar tgok wayang ek..cam best jek ceta tu...tunggu downlod dulu..:-)baru dpt tgok.
BalasPadamHaaa... dpt pun komen.. hihi... tun xpenah dgr citer nih.. x nmpk lg panggung wayang kt bintulu nih.
BalasPadamKakak ni dah maals menonton zana. Kalau nak vcd adalah...
BalasPadamTapi kalau kek macam zana buat tak pernah jemu, dapat sikit pun jadilah..