Jumaat malam lepas kakpb sekeluarga menonton lagi. Kadang-kadang boring juga asyik tengok wayang ni terutama anak bujang tu. Disebabkan dia tak dapat pergi klinik bola (sebab patah tangan tu) bawa dia tengok cerita yang sesuai P13.
Kakpb bayangkan cerita ni mesti sedikit ganas, ada pukul bantai bagai.....rupanya agak slow jalan ceritanya. The Rock berlakon relax je, paling ganas pun dia bawa truck berisi dadah. Kisah bermula bila anak bujangnya yang naif, baik hati sanggup menolong kawan baiknya terima satu bungkusan, yang dia tidak tahu isi kandungan. Itu kakpb ingatkan anak kakpb, berkawan ada batasnya. Jangan percaya seratus peratus sekali pun kawan baik.
Bila dah kena tangkap, siasat, anak The Rock (ala..lupa nama wataknya) tidak bersalah tetapi dia tidak dapat buktikan. Maka ayahnya yang kena berusaha menjebakkan diri dalam kegiatan pengedaran dadah.
Satu yang kakpb terkilan, pengedar dadah itu digambarkan seorang Muslim kulit hitam (kalau tak silap sebab dia sepanjang masa pegang tasbih) Mungkin secara sengaja atau tidak.
Apa pun, cerita ni agak slow. Sesuailah untuk anak-anak remaja menontonnya sebagai pengajaran. Kalau dah duduk lokap atau penjara, faham2 la.....mata lebam, mulut berjahit. Mungkin penjara kita tidak sebegitu?
nota kakpb: cuaca panas betul sekarang kan?
lama dah tak jenguk cerita kat panggung wayang..hehe,
BalasPadamsaya dah lama tak tengok wayang..rasanya nak dekat dua tahun dah ni..huhu..
BalasPadam@nor laila
BalasPadamLaila...dulu2 pun akak mcm tu jugak.
@Bardboo
BalasPadamAnak 5 tahun baru boleh pergi..hehe..
minggu lepas pB dan aBear tengok Jack n the Giant (lupa pulak nama tajuk movie tu)
BalasPadambest jugak
bestnya tgk wayang.saya dh lama x tgk wayang hihi.
BalasPadamSeronok jgk dpt tgk wyg ngan anakkn?:)
BalasPadam