my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kisah LD setiap hari

Assalammualaikum semua, alhamdulillah pagi ni merasa juga hujan setelah beberapa hari kepanasan yang amat. Kakpb dan seisi keluarga masih dalam keadaan yang aman buat ketika ini, cuma mulut kakpb ni diserang 'mata ikan' or ulser mulut. Ramai famili yang call tanya khabar bagaimana keadaan kami di sini. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan. Walau sebenarnya hati kakpb tidak tenang sejak kes Lahad Datu ni, kenapalah begini jadinya? Marilah kita berdoa, mudah-mudahan mereka yang dikatakan pengganas ini dibawa keluar dari bumi Sabah. Cukup tidak menggembirakan hati kami untuk bersantai tepi laut dan seumpamanya.

Semalam tengahari, kakpb sekeluarga celebrate birthday Aziz kat Kenny Rogers. Dia tak nak ibuayah belikan kek, jemu katanya. Jadi, kami pun plan makan yang mengenyangkan samada KFC, Chicken Rice Shop, Pizza Hut atau KR. Nak ke One Borneo, jauh dari rumah. Tambah pula anak kakpb kata ada khabar angin dari kawan2 dia, One Borneo telah dimasuki pengganas....hehe...cerita bebudak ni menakutkan je.

Balik dari KK, cikgu fahmi kata jom kita lalu depan kem askar nak? Saja nak tengok apa aktiviti mereka dalam tengah kecoh dengan isu LD. Masa lalu depan kem tu, kakpb nampak tentera kita sedang membina kubu-kubu di setiap penjuru kem. Kubu yang macam guni-guni beras tu laa.....disusun hingga tinggi paras dada gitu. Ramai berkampong di sana. Berdepan dengan kem adalah kawasan laut/telok, ada juga segerombolan tentera kita sedang berbincang atau berkawal. Ada pondok2 kecil yang dibina dengan daun2 kelapa. Berdebar-debar bila tengok. Kepala dah membayangkan 'perang' yang akan tercetus sekiranya pengganas masih belum berundur.

Aziz tanya, ayah masih nak tinggal sini lagi ke kalau terjadinya peperangan?
Ayah kata, tengoklah macam mana nanti. Belum pasti.
Ayah taknak balik semenanjung?
Kalau dah terok sangat, kita cabutlah.....tunggu apa lagi?
Dalam hati kakpb, aku ni takpelah....korang yang kerja, sekolah lagi....macam mana tu?

pssst: ada setengah pihak yang tak setuju kerajaan kita siarkan gambar mayat penceroboh di media..

9 ulasan:

  1. Selamat hari lahir utk Aziz, semoga Aziz akan menjadi anak kebanggaan keluarga & negara satu hari kelak.

    Semoga Sabah kembali aman.. amin.. amin Ya Rabbal Alamin.

    hari ni laju jer blog Kak PB, suka! suka! Blog sy masih lmbt loading tapi tak seteruk sebelum ni, masih mencari punca tapi sibuk jadi punca tinggal punca, entah bila nak setle.. huhu

    BalasPadam
  2. InsyaAllah semuanya telah berakhir walaupun 'kesannya' masih ada. Sama2 kita doakan segalanya kembali pulih.

    BalasPadam
  3. smoga semuanya kmbali sprti sediakala kak..cepat2lh diorg pergi kan..aman sikit..
    happy bthday buat aziz..moga sentiasa dlm lindugan allah.

    BalasPadam
  4. Apa yg membimbangkan dikatakan Nur Miswari dan kuncu-kuncunya akan menghantar tenteranya utk membela atas kejadian ini. Menakutkan betul - kalau gitu pasti akan berlarutan panjang.

    Harap semua ini tidak terjadi.

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir aziz:)

    kalau sarah tengok prep askar tu mesti dah seram sejuk. doa cepat la habis semua ni.

    insyaAllah kak zana, kalau ada rezeki nanti sy ngn syafiq dtg ke sabah.boleh la visit kak zana kat sana.

    BalasPadam
  6. singgah pagi..as salam...macam tu ye keadaan askar di sana...sama-sama kita berdoa...

    BalasPadam
  7. semoga kak zana sekeluarga sentiasa dilindungi Allah selalu..

    BalasPadam
  8. kita yang jauh di semenanjungnipun rasa tak selamat inikan dekat yerk.. moga dipeliharalah hendaknya keselamatan pejuang2 kita dan juga rakyat di sabah...

    BalasPadam
  9. selamat ulang tahun kelahiran untuk Aziz.harap sabah kembali tenang seperti sediakala..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)