my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Minyak


Dah cakap dah, anak bujang kakpb tu suka sangat makan nasi berwarna warni. Dalam seminggu, sekali tu mesti kena masak, tak kiralah lauknya apa asalkan sedap kat tekak dia.

Resipi ni lebih kurang macam kita masak nasi beriani tapi cara je lain sikit. Kakpb cilok resipi dari HalizaQiut yang dimasak oleh ibu beliau. Terima kasih ye dik. Kakpb minta izin memanjangkannya di blog kakpb dengan cara kakpb.

NASI MINYAK
@blogsurirumah
(makan untuk 4 org)

1 setengah gelas beras basmathi (basuh dan toskan)
Rempah empat sekawan
1 sudu besar planta (minyak sapi takde)
Bawang merah kecil (mayang halus)
Bawang putih (mayang halus)
Sedikit halia ditumbuk, perah ambil airnya.
1 sudu besar susu pekat, ganti susu cair (time nak masak time tu ler takde susu cairnya...stress)
1 sudu oren sunquick (kakpb tak letak, ganti dgn jus limau kasturi)
Air ikut sukatan beras
Pewarna kuning telor
sedikit garam

Panaskan planta dalam periok nasi.
Tumis rempah empat sekawan, bawang merah dan bawang putih.
Masukkan air dan garam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Biar seketika sebelum masukkan air halia.
Bila hampir kering, boleh masukkan susu dan jus limau.
Kacau rata.
Titikkan pewarna setelah nasi kering. Biarkan seketika, tak perlu kacau.
Bila nak hidang, baru kakpb gaul rata.

Lebih kurang je kan macam nasi beriani yang selalu kita masak tu......cara je berbeza.



4 ulasan:

  1. nasi minyak kalau nak mkn ms kenduri jer...hehehe...

    BalasPadam
  2. Nk sepinggan blh...lauk lebih ye...:-D

    BalasPadam
  3. salam kak PB..
    anak2 saya pun suka nasi berwarna atau nasi berperisa ni.. tp dulu ayahnya kurang suka.. tu yg malas nak masak.. tp skrg ni saya masak je kalau teringin.. sambil2 nak belajar msk nasi berperisa.. hasilnya.. alhamdulillah.. en. suami mcm dah tak kisah aje.. tp kalau kat kenduri.. ada nasi putih & nasi berperisa.. dia tetap akan ambil nasi putih juga...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)