my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Check darah dan keputusannya

Semalam, kakpb dan cikgu fahmi pergi klinik kesihatan untuk melihat keputusan darah kami selepas 2 minggu. Orang tak ramai, lega.

Alhamdulillah, keputusan darah kakpb tiada masalah kritikal. Cuma kolesterol agak tinggi, 6.7 sepatutnya 5.2. Hah...kena kurangkan berat sebelum check up sekali lagi, 6 bulan akan datang. Doktor dah bagi kaunseling semalam. Kena cari susu omega dan oat untuk menyerap kolesterol. Sebenarnya dah ada pun oat kat rumah tapi begitulah hasilnya.....hehe...takde disiplin. Minum Lishou Magic pun tak turun juga kalau kita tak boleh kontrol diri untuk tidak makan telor, makanan bergoreng dan sebagainya.

Doktor suruh jogging, berenang dan berbasikal. Ya Allah....berenang dan berbasikal tu jangan haraplah nampak gaya. Sah-sah memang tak mampu nak buat. Naik basikal pun tak pandai.
Bagitau doktor, dalam rumah dah ada mesin untuk jogging. Doktor senyum je.....jogging dalam keadaan beraircon, mana nak berpeluh?

Jadi, pagi ni dan semalamnya kakpb dah mula berjalan kembali sekitar kawasan taman perumahan ni. Sambil berwhatsapp (nak juga tu) sambil snap foto belakang rumah. Nyaman je sedut udara pagi. Ada share di IG.

nota kakpb: paling tinggi kolesterol dalam kuning telor, 1480...ambik kau!!
kedua tinggi telor itik, 850....baru semalam makan telor masin...muahaha!!
ketiga tertinggi, otak khinzir...800..huhu..

cikgu fahmi? ada masalah sikit :(

10 ulasan:

  1. sama kita ni kak, saya pun ada masalah kolestrol tinggi

    BalasPadam
  2. Pemakanan kita sebenarnya buat kolesterol Zana. Kakak pun sama dah border line dah tapi itulah nak exercise macam Zana tak terbuat lagi..

    BalasPadam
  3. saya pun kena berjaga2 dah sekarang tapi bila masuk restoran@perut dah berbunyi...selalu lupa

    BalasPadam
  4. patut la pepagi nmpk gmbar cntik td...joging rupanya....klau sy kak...snggup lagi kayuh beskal dari joging....hehe...

    BalasPadam
  5. Salam sabtu kak pb..dah lama kita tak check cholesterol.and kita punya threadmill pun dah lama tak usik..he..he..

    BalasPadam
  6. Salam kak pb.. kat umah tun, tun beli low cholestrol nyer telur. mahal la sket, tp berbaloi sbb hasben tun mmg suka mkn telur. kdg2 pagi2 tun nk gi uni tgk ada kulit telur dlm sinki, sah2 la hasben tun yg awal2 lg dh makan telur separuh masak. hihi

    BalasPadam
  7. Saya memang tiap2 hari makan oat.. kalau tak makan oat rasa semacam la pulak...memang peringkat umur kita ni kena jaga makan dan eksesais kan...

    BalasPadam
  8. sy dah lama tak check kolestrol.. zaman anak dara dulu tinggi sbb suka mkn kfc.. huhu

    BalasPadam
  9. Kena jaga makan kita, harap-harap cepat turun.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)