my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat Hari Raya Idul Adha dan hari lahir ku

15hb October, 2013 umat Islam di Malaysia menyambut hari raya korban. Mereka yang dah ambil cuti awal tu, sekarang ni dah ada di kampung agaknya. Terutama mereka yang berasal dari pantai timur, tak seronok raya kalau tak balik ye?

Bagi kami di perantauan ni, sambutan seperti biasa saja. Kakpb akan masak lontong, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang. Tetamu kakpb hanyalah adik ipar dan seorang dua kawan cikgu fahmi. Itu pun kalau mereka takde hal kenduri rumah kawan atau menghadiri majlis korban di tempat kerja masing-masing.

Sedih juga saat begini tiada saudara mara untuk meraikannya. Tambahan pula hari selasa 15hb oct itu adalah hari lahir kakpb. Ini dalam sejarah, menyambut hari lahir pada hari raya haji. Alhamdulillah.....doakan kakpb sihat ye. Panjang umur dan dimurahkan rezeki dimasa akan datang.

Kakpb bersyukur sangat dikurniakan suami yang baik, memahami dan bertanggungjawab. Syukur juga dikurniakan Aziz Iskandar yang handsome, bijak dan cerdas budaknya. Hidup kakpb sudah cukup bahagia ada mereka berdua. Tidak lupa juga terima kasih kerana Allah kurniakan kakpb ibu yang melahirkan kakpb seorang yang kuat semangat, tabah, sabar dan paling kakpb tak lupa, lesung pipitnya tu.

Terima kasih 'emak' kerana melahirkan dan sentiasa ada disisi kami saat memerlukan.
Terima kasih 'arwah bak', walau kehadiran mu disisi ku tidak selama mana, insyaallah 'bak' tenang 'disana'.

Terima kasih kawan-kawan kakpb samada yang dah lama kenal atau baru kenal kerana sering membaca catatan kakpb ini. Kamulah teman dikala sunyi, setia bersama saat duka dan suka kakpb. Kamu menjadikan hari-hari kakpb sentiasa ceria dan bermakna. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke hari tua......(tua dah pun sekarang ni) Amin.


foto pinjam dari google

10 ulasan:

  1. Happy birthday Zana. Semoga Allah SWT mengurniakan Zana dan keluarga segala kebaikan. Aminnn...

    BalasPadam
  2. happy birthday dan salam aidil adha

    BalasPadam
  3. Salam Aidiladha dan Happy Birthday utk akak! Mst mkn besar raya t eh kak? Heheheh....

    Moga dipanjangkan umur, dimurahkan lebih byk rezeki dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa!

    BalasPadam
  4. salam kak pb..

    salam aidiladha dan happy birthday..moga panjang umur dan sihat selalu ya..

    BalasPadam
  5. Salam aidiladha kak. Juga Selamat hari lahir. Moga ditunjukkan jalan yang lurus dan bahagia dunia akhirat.

    Mel kat sarawak ni pun raya ngan hubby je. Semua orang balik kampung sebab kebanyakan orang sini je. Senasib la kita di perantauan ni..hiiiihii

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan dan tidak lupa selamat ulangtahun kelahiran semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah...amin...

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya aidil adha dan happy birthday in advance dulu dari kakak buat zana...

    BalasPadam
  8. Wah tahniah.. pakej 2 in 1 ni.. sungguh beruntung :) Salam Aidil Adha & Selamat Hari Lahir Zana.. semoga sentiasa ceria & diberkati.. amin.

    BalasPadam
  9. salam aidil adha dan selamat menyambut hari lahir . semoga Allah mendengar permintaan zana ... aaamin.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)