Tak sangka, cempedak menjadi nangka. Itulah gambaran kakpb terhadap anak bujang sorang ni, Aziz Iskandar. Cita-cita ingin jadi pemain bola sepak terkemuka, tapi semalam, lain pula jadinya. Gara-gara dah terjebak sebagai penari, semalam dan sebelumnya dia ada persembahan di hotel KK.
Malam tadi audition untuk Lantai Cilik di One Borneo. Sempat juga kakpb lihat persembahan mereka, boleh tahan. Kakpb tak fikir mereka akan lepas ke peringkat seterusnya.
Pukul 5.00 pm kakpb nak balik sebab dalam hati ni memang takkan berjaya. Maklumlah ada lagi budak-budak sekolah lain yang lebih menarik tarian mereka.
5.30pm pengumuman dari pihak RTM. Rupanya sekolah anak kakpb terpilih juga, alhamdulillah. Tak sia-sialah mereka bertungkus lumus dua hari ni.
Kesian pula tengok budak-budak yang tak terpilih, menangis kesedihan, berpelok dengan cikgu masing-masing.
Malam nanti akan ada lagi pemilihan untuk keperingkat seterusnya dan jika berjaya mereka akan ke KL pula. Terima kasih pada cikgu yang berusaha menjaga anak kakpb dari sekolah hingga hantar pulang kerumah.
Harap aktiviti menari ni tidak mengganggu pelajaran mereka. Berjaya atau tidak, apa yang penting pengalaman mereka bertemu orang ramai, tidak takut menghadapi cabaran di atas pentas dan disiplin. Walau pun menari, kena ada disiplin dan fokus.
Good luck untuk semua yang terlibat.
Bila aktif bermain bolasepak bukan bermakna tak boleh menari zana. Biasa cikgu alert dalam hal pemilihan. Kecerdasan otak kena ada juga sebab kalau jenis yg tak mudah tangkap gerak-tari pun tak boleh juga. Sebab itu anakanda Aziz terpilih. Tahniah dari auntie ye Aziz:)
BalasPadamTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu, semoga apa yang diusaha membuahkan hasil yang tak ternilai nikmatnya.
BalasPadamAmboi! x sangka anak akak ade bakat menari. Bkn sng tu kak!
BalasPadamassalamualaikum zana...seronoknya mmg berbakat la...:)
BalasPadamAssalam.. mmg dia sungguh berbakat.. semoga terus berjaya ye.. salam Jumaat.
BalasPadamAnak2 memang mempunyai beberapa bakat semulajadi yg boleh diketengahkan...kadang kita cepat dpt mengesan bakat anak2...baguslah pb sebagai ibu yg rapat dgnnya cepat mengesan bakat anak...moga terus maju jaya ...
BalasPadam