Entry ni kakpb nak update hari Sabtu lepas 5hb Oct tapi tak terupdate juga hinggalah ke hari ini. Dah tulis taip dalam draf pun tak boleh publish. Entah kenapa masalah pada blogspot agaknya di tablet kakpb tu. Gambar semua ada disana. Ni yang leceh.......
Ringkas je ceritanya. Kisah anak kakpb yang suka sangat masuk perbarisan mewakili sekolahnya sempena sambutan hari lahir yang ke 60 TYT Sabah (Tuan Yang Terutama) tempohari. Sehari sebelum tu kami belikan kasut kulit, macam kasut orang kerja pejabat tu......suka sangat bila hentak2 kaki kasut tu berbunyi...hehe..orang nak membesar gitu la.
Masa snap foto ni, berpinau mata cari mana satu anak aku?
Cuaca pagi sabtu tu hujan lebat dan majlis tertunda beberapa jam. Kami ni pun basah-basah berpayung kesana kemari cari anak tak jumpa. Dia pergi dengan bas sekolah. Bawa handphone pun tak guna, call tak diangkatnya.
Kesian pula kakpb tengok budak2 tu kena berdiri berjam-jam tengah padang. Nasib baik cuaca mendung dan elok je sehingga selesai majlis. Entah berapa orang pengsan kat padang, lebih dari 10 orang rasanya. Mesti tak makan pagi dan tak cukup stamina.
Alhamdulillah anak kakpb ok je. Mungkin sebab dia dah biasa main bola sepak tengah panas terik. Kakpb memang biarkan dia lasak, taknak manjakan sangat.
Alhamdulillah dapat naib juara diantara sekolah rendah yang bertanding. Beza peratusan sedikit sangat dengan juara. Mungkin mereka menang kerana pakaian seragam yang cantik dan kemas. Naib juara dapat RM1000, oklah tu.....dapat sorang sikit dan yang penting, sijil.
Tahniah!! tak sia-sia berkawad tengah panas setiap hari latihan disekolah. Kadang sampai kena tinggal bas sebab dia pergi taklimat.
Sijil tu yang penting tu. Tapi kalau takde sijil, kenangan yang sekejap tu memang tak leh lupa. Baguslah ibubapa datang memberi sokongan, anak2 mesti gembira.uhuu
BalasPadamTahniah buat anakanda zana. Kalau kita yg jadi ibu-bapa gembira apa lagi pihak sekolah - rasa berbaloi tiap hari berlatih..
BalasPadamps: Nak tahu kakak kan baru belajar guna hp baru tetiba nampak zana punya wassup hihi... gelihati dah lama benar baru tahu itu pun anak kakak yg tunjuk - jgn marah zana sebab kakak hp baru ni banyak yg tak pandai lagi..
Tahniah...mesti gembira dengan pencapaian ini. Kenangan manis tu yg pasti menjadi ingatan sampai ke tua.
BalasPadamtahniah dapat naib juara...
BalasPadamuniform pun cantik sgt...
wahhhhhhhhhhh... Aziz memang sportinglah.. aktif masuk macam2 acara.. tahniah, Aziz!!!
BalasPadamTahniah.. pasti menjadi salah satu kenangan manis yg tak akan dilupakan.. :)
BalasPadamwah tahniah3... x pe thn dpn ada rezeki cuba lg
BalasPadam