Assalammualaikum semua......rasa lama sangat tak update blog. Kakpb sibuk sikit seminggu ni, bukan sibuk apa. Sibuk uruskan rumah yang tak tahu lagi statusnya.
Sempat juga mencuba Marble Cheese Brownis sekadar nak mengabiskan krim cheese dalam peti ais. Kerana nak jaga kolestrol, kakpb makan sekeping dua, lebihnya simpan dalam peti untuk kudapan si bujang.
Terima kasih Maz, resipi ni buat kakpb terasa dah jadi tukang masak yang sempurna. Sebab sebelum ni cuba juga dari myresipi tapi tak jadi. Bukan salahkan resipi, salah diri sendiri. Masa tu memang ngeri nak buat lagi bila tak jadi. Nak menangis pun ada, nak makan takde mood. Buang dalam tong sampah dan pendam je dulu perasaan. Sekarang dah menjadi walau tak cantik macam orang lain buat.
Anak bujang kakpb siap nak jual pula....hehe....baru pandai sikit dah nak jual.
MARBLE CHEESE BROWNIS
@blogsurirumah
sumber: Maz Ilham Dapur
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang - maz guna gula castor
1 cawan air panas
Bahan B (kacau rata)
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B - maz guna 1 biji gred A utk 1/2 resipi
Bahan C (ayakkan)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama 10 minit - maz bakar suhu 160 C.
1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama 10 minit - maz bakar suhu 160 C.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci (biar kertas lebih dari loyang agar senang nak kluarkan kek nati)
6. Tuang dalam loyang dan ratakan (simpan dalam 2 sudu besar adunan coklat ni untuk buat marble)
7. Bakar selama 20 minit.
Bahan-bahan lapisan cheese
200g cream cheese
1/2 cwn gula halus
50g thick cream (boleh ganti dengan cream cheese, jadikan 250g - ni sbb tak cukup stok cream cheese)
1 biji telur gred
A
1/2 sudu kecil essen vanilla
Cara-cara:
1. Sediakan lapisan cheese sementara menunggu kek masak.
2. Pukul cream cheese seketika, kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati dan berkrim.
3. Masukkan telur dan vanilla, pukul hingga sebati.
4.Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
5. Masukkan adunan kek yang disimpan
tadi dalam paiping bag dan paipkan ke atas lapisan cheese dengan buat
garisan memanjang, kemudian dengan guna sebatang lidi satay, tarik turun
satu hala, lepas tu lorekkan kedua tarik menaik pula, maksudnya cara
nak tarik lidi tu menaik dan menurun, bukan satu hala je.
6. Masukkan dalam oven semula dan bakar lagi selama 20 minit dengan suhu 160 C. Sejukkan sepenuhnya dalam peti sebelum dipotong.
Bila tak puasa nampak macam ini lagilah terasa macam nak ngap aje zana.
BalasPadamRajin betullah zana ni.
ps: jom tengok N3 kakak pagi ini:)
sedapnya.. nak cikit
BalasPadamTengok gambar pun dah cukup tergoda. :)
BalasPadamSalam kak pb.. mmg bahaya brownies nih.. kompom diet ke laut. hihi... tun pun ada few resepi yg buat2 xbape nk jadi, tp tgk org lain buat ok je. jd salah sendiri la kot.
BalasPadamAs salam kak pb..sedapnya brownies..nak sikit..:)
BalasPadamsaya org baru di blog akak..salam perkenalan dari mama kaori..:)
wahhhhh.. tebalnya cheese tu... mesti sedap!!! patutlah Aziz nak berjual, sedap sangat nih, mesti laku klu Aziz jual!!
BalasPadamwallaaaaaaaa...meleleh tgk
BalasPadamAssalam
BalasPadamSedap tu ada cheese he hee kita memang hantu cheese nampk je nk ngap
perghhh, mmg mengancam la, bahaya ni...hihihi
BalasPadamSedap je nampaknya... Betul tu kekadang bila buat kek tak jadi rasa down sangat. Rasa serik nak buat lagi.
BalasPadamsedap memang cake ni. i pun suka.. anak2 gak..
BalasPadamsedapnye brownies tu..terangkat ni bile bwat utk husbnd n ank ni... :)
BalasPadamthanks share resepi..