my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Daging sos lada hitam Sarawak, kuih Kelupis

Owhh.....kuih Kelupis namanya!! Pandai-pandai je anak bujang kakpb mengubah jadi Telupis. Ibu ni percaya bulat-bulat. Bila tanya pakcik google, takde pun 'telupis', bila betulkan ejaan 'kelupis' barulah jumpa.

Cikgu fahmi dan anak kakpb biasa makan kuih ni. Mereka kan bergaul dengan kawan-kawan yang kebanyakkannya orang Sabah, berbanding dengan kakpb ni memang tak ramai kawan disini. Jiran-jiran pun jarang buat kuih ni. Mungkin susah nak buat.

Baru ni pergi pasar tamu, beli untuk rasa. Eh...sedap pula, macam lemang rasanya malah lebih sedap dari lemang tau. Lembut, lemak, pulut tak benyek (pantang kakpb makan kuih berpulut lembik) Daun apa yang membalut tu, tak tau pula kakpb. Seperti teringin nak belajar membuatnya. Nanti kakpb cari di youtube.

 kuih kelupis yang di sebut telupis oleh anak kakpb, kuih tradisi orang Sabah

Semalam kakpb masak daging black pepper. Sebenarnya nak masak daging goreng je tapi bila dah dalam kuali tu, tangan ni gatal pula ambil sos black pepper sarawak yang dah lama terperap dalam peti ais. Gitulah ceritanya......


 DAGING GORENG SOS LADA HITAM SARAWAK
@blogsurirumah

1 mangkok daging lembu di potong agak nipis
1/2 inci halia, 3 ulas bawang putih - tumbuk dan lumurkan pada daging
garam dan gula
1 labu bawang besar potong memanjang
1 biji lada hijau
2 sudu besar sos lada hitam

Perap daging bersama halia, bwg putih, garam dan gula selama sejam atau lebih.
Panaskan minyak, masukkan daging.
Guna api kecil, biar daging betul2 empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan sos lada hitam tadi, garam dan sedikit gula.
Hampir kering, masukkan bawang dan lada hijau.


8 ulasan:

  1. kak pb kena belajar la buat kuih kelupis tu.Ina baca pun rasa mcm teringin la pulak heheh.Mana tau nnt bila balik ke Semenanjung kak pb bole bisnes kelupis ni pulak terus kebabom femes kat semenanjung.

    BalasPadam
  2. sy rasa memang nak kena datang lagi Sabah kerana belum sempat meneroka keenakan masakan tradisionalnya :-))))

    (alasan nak dtg lagi ;-))

    BalasPadam
  3. Ermm sedap nyer menu nie.. Next time leh cuba nie :D..

    BalasPadam
  4. kak pb.. sedap! tun 1st time makan last year, kak hasue kasi. mmg rasa mcm lemang, jd tun makan ngan rendang. sedapp..

    BalasPadam
  5. Mmg mguda u...rasa nk mintak tlg masakkan..hehehheh

    BalasPadam
  6. Ngences kak tgk daging blck pepper

    BalasPadam
  7. Okje suka gak makan masak daging black pepper ...kadang kadang buh je kicap lebih hehe jadilah masak kicap...anak 2 pun suka...

    BalasPadam
  8. lauk feberet zura masa dlm pantang dulu daging blackpepper...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)