my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Harga rumah yang melampau!

Sehari dua ni kakpb dengan suami sibuk mencari lokasi rumah yang menarik untuk dibeli. Cewah....macamlah duit ada juta-juta dalam bank? Rumah sekarang ni naik mencanak harganya. Berpusing anak mata hitam kami tengok harga rumah. Untunglah mereka yang dah beli awal-awal dulu. Tapi siapa tahu takdir kakpb menetap di Sabah pula kan?

Ada satu rumah di Selangor kami sewakan. Itu pun belum tukar nama lagi. Manjang tak menyempat je kalau balik sana. Ingat hujung tahun ni kena settle juga.

Kosmo hari ini seolah-olah menambahkan keresahan kami dalam pencarian rumah disini (Sabah). Bukan mampu milik tapi mampu membankrapkan kita jika tidak pilih betul-betul ikut kemampuan.

Tak boleh cerita panjang, nak packing barang, nak selesaikan macam2 hal lagi. Nanti dah ok semua, kakpb sambung balik kisah ni.

13 ulasan:

  1. betul tu kak... sy da jumpa rumah yg murah tp nunnnn jauh di kedah sn...x kn la sy keje d kl tp beli umah d kedah? aduyai..peningk lau fikir psl rumah ni

    p/s menjwb soalan... yg kawen tu, pakcik...

    BalasPadam
  2. dekat kawasan umah sy, harga umah masih mampu milik lagi, kak.. soh cikgu mintak transfer ngajar kat situ, ada sek ren.. ada sek men jugak.. hehe

    BalasPadam
  3. Rumah kat Lembah Klang ni, mmg juling mata kak bile menengokkan regenye. Sobs...sobs...harge sewa pun melampau. Sedih!

    BalasPadam
  4. ada kawan saya beli rumah kat pulau indah, harga 150k banglo setingkat sebiji siap berpagar..jeles. bukan tak mampu beli tapi mel orang johor, sape nak jaga rumah tu..kalau nak sewa, sape nak tolong tengok2kan..waaaaa

    BalasPadam
  5. Sana sini orang alami masalah rumah ni kan..Dilema sungguh la, tapi nasib dah ada rumah tau

    BalasPadam
  6. memang dah cekik darah harga rumah. Tapi kata menteri kalau takde duit jangan beli rumah. Hurmmmmmmm

    BalasPadam
  7. Betul tu.. nilai tanah juga dah semakin naik. Nilai kenaikan semua ni x setanding dgn pendapatan isi rumah kebanyakan dari kita lah..

    BalasPadam
  8. betul tu.Harga rumah sekarang semakin mahal.

    BalasPadam
  9. betul tu...rumah makin mahal, barang makin naik harga nya..graduan makin ramai juga menganggur...hemmm..hope for d best!

    BalasPadam
  10. rumah makin mahal . maka saya lbh suka beli tanah n bina rumah . klu hutang pun x byk n cpt habis ...

    BalasPadam
  11. betoi tu ... takut tgk harga rumah especially kat kl. rumah kami kat kl tu tak mungkin dijual dah. takut kalau jual nak beli nanti dah tak mampu.

    BalasPadam
  12. satu keperluan ..tp dr satu sudut ,jd satu bebanan klu harga rumah mahal....hidup harus diteruskan.

    BalasPadam
  13. nak beli tengah KL tak mampu dah.. kena carik yang kat pinggir bandar pulak.. itupun susah nak dapat yang rege mampu milik sekarang :(

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)