my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bingka Pandan Tanpa Telor

Tengok kuih bakar/bingka pandan ni kakpb teringat kakak yang di Mekah sana. Sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi jika tiada aral melintang, pulanglah mereka ke tanah air. Akibat rindukan dia, kakpb gagahkan juga buat kuih ni. Walau tak sama, ada rupa sikit-sikit pun jadilah......kakak memang pakar sangat buat kuih bakar pandan. Lembut, tak manis sangat dan kalau makan tak cukup sekeping.

Biasa yang kakak buat gunakan telor. Disebabkan doktor suruh kakpb jangan makan telor untuk kurangkan kegatalan kulit, kakpb buat kuih ni tanpa telor. Sebenarnya bukan ikut sangat cakap doktor tu, bedal je....cuma kurangkan.

Kakpb minta izin copy paste di sini ye. Terima kasih kerana berkongsi dan maaf kerana kakpb buat tidak mengikut resipi asal. Sebab acuan baru (barulah sangat! beli bulan ogos lepas, baru guna je) sebiji je. Untuk resipi ni kakpb kurangkan sukatan supaya cukup untuk 3 kali bakar saja. Lebih kurang 1 blender. Tapi kakpb kongsikan resipi asal disini, pandailah mengubahnya untuk makan satu famili yang kecil macam kakpb ni.

BINGKA PANDAN TANPA TELOR
@blogsurirumah
sumber : Intai Dapur Liza

2 cwn tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 cwn gula halus
2 cwn santan pekat
2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
1 tin susu cair
3 sb mentega/majerin - cairkan
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau dan kuning (opt)
sedikit bijan - untuk tabur


Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.

nota: kakpb tak bubuh bijan...

13 ulasan:

  1. bingka2 mcm ni memang sedap kak...tak buh telur ye...elok cantik je kejadiannya

    BalasPadam
  2. Amboi kak! Berselera sy menengokkannya. Mulalah teringin ni!

    BalasPadam
  3. Tak ada telur pun tak apa, janji sedapkan, kena ikut nasihat doktor.

    BalasPadam
  4. Tak letak telur pun cantik gak ye :)

    BalasPadam
  5. Bestnya..kita suka makan bingka..tapi mesti ada telor coz rasa lemak and manis..

    BalasPadam
  6. Rumah mel ni pun doktor saran x bg makan telur, kaki hubby gatal tapi bedall jugak ler kalau dah teringin..hihii

    Pokok pandan tgh membesar blakang rumah tu, boleh try karang kot2 rajin kak

    BalasPadam
  7. tun suka mkn bingka pandan, tp xpenah lg try bingka tanpa telur nih..

    BalasPadam
  8. salam kak pb..

    sya selalu juga buat bingka pandan ni tapi yang ada telur..nanti mau try la juga resepi bingka tanpa telur ni..

    BalasPadam
  9. boleh cuba bingka pandan tak bubuh telor.nmpk sedap..

    BalasPadam
  10. assalam kak pb
    sedap bingka pandan, biasa wat utk breakfas
    dulu2 kan mak2 buat mana penah letak telur seingat sy la, tp lembuttt je
    emm mak bakar dapur kayu je he hee
    rinduuu nak makan tp skrg buat sendiri je lah he he

    BalasPadam
  11. teringat saya buat kek prune jadi bingka . tapi mmg sedap ... heheheee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)