my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Songkok oh songkok!

Entah kali keberapa dia hilang songkok.
Nak membebel pun ibu dah tak larat tau....raya lepas baru beli songkok tu...

Entah kenapa tak suka pakai songkok? Masa sekolah tadika Islam dulu, kopiah tak pernah lekang dikepala. Dari umur 4 tahun hingga 6 tahun, tak pernah dia merungut pakai songkok atau kopiah.
Sekarang ni pula, songkok main pegang kat tangan je.

Minggu lepas seminggu tak sekolah agama sebab diberi cuti, minggu ni ada exam.
Ibu pun takde kisah pasal songkok tu...
Tetiba nak sekolah semalam, baru terhegeh-hegeh cari songkok.
Sah-sah tak ada kalau tinggal kat sekolah atau dalam van.

Dah 4 atau 5 songkok rasanya yang hilang. Macam nak pergi jumpa guru sekolah agama dia supaya wajibkan songkok tu terletak atas kepala. Kalau tidak, elok di denda.

Agaknya sayang rambut kot, takut terpenyek bila ada songkok? Budak sekarang dah pandai nak melaram. Tak macam ibu dan ayah dulu. Sekolah menengah pun belum pandai melawa....huhu...anak zaman 2013!

11 ulasan:

  1. Along dulu rajin pakai songkok ke sekolah tapi tidak adik2nya...

    BalasPadam
  2. cerita yang sama berlaku kat rumah akk..
    abang saleh pun selalu hilang songkok dan kain samping.songkok yg beli masa raya lepas hilang.puas cari merata tak jumpa.tak kuasa nak bebel..dh selalu sangat.balik2 pakai songkok yg dan berkurun sampai bulu pun dh haus.last2 pagi tadi terjumpa dalam stor,elok jer letak dlm kotak kasut..hehe

    BalasPadam
  3. Cik abang kita plak selalu ttinggal songkok.. kalu dah tertinggal beli songkok baru.. pas tu trtinggal lagi.. beli lagi.. huhuhu

    BalasPadam
  4. memula dulu macam tu jugak.. tapi sekarang ni nampak ok sikit tapi tak tahulah bila dah masuk sekolah rendah nanti.. dengan ramai murid2 tak mustahil lagi mudah songkok tu hilang :(

    BalasPadam
  5. Biasalah budak2 zaman sekarang. Mengharapkan mak ayah saja. Time nak pergi sekolah time tu cari songkok, stokin semua..Ibubapa sekarang kena lagi tabah dalam mendisiplinkan anak2. Saboo kak ^^

    BalasPadam
  6. Songkok tak macam tudung Zana, sentiasa atas kepala. Tambah-tambah kalau lama atas kepala sayang kemek jambul tu hihi...

    BalasPadam
  7. heheh!!!kelakar. anak bujang saya plak k.zana sampai lunyai songkok (pakai, pegang, lambung)…klu setahun kena beli atleast 2 kat dia. tahun ni siap rembat yg daddy punya lg

    BalasPadam
  8. anak mala pulak tak brapa suka pakai songkok. dai lebih suka kopiah. ikut mcm abah dia.

    BalasPadam
  9. hehe...anak saya asyik hilang peralatan tulis memanjang...

    BalasPadam
  10. kalau macam tu songkok kena buat tali gantung kat leher.. tak mau pakai sangkut je kat leher.. baru x hilang. kekekeke

    BalasPadam
  11. ada tu, smpi ke sekolah br pakai songkok. bla cikgu x de dlm kelas, bukak songkok alahaiiiii bdk2 skrg

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)