my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Top 5 pun sudah bagus baa..

Minta maaf banyak-banyak teman blogger. Kakpb tak sempat juga blog walking sabtu dan ahad. Jumaat dan sabtu malam sibuk menunggu anak bujang ni menari. Siang sabtu layan tetamu dari KL yang nak balik petangnya. Jadi tengahari kakpb sibuk masak dan bawa mereka bersiar-siar sekitar KK. Nanti kakpb kongsi gambarnya dilain entry.

Lantai cilik yang dirakam tempohari telah berakhir dengan kekalahan bagi sekolah anak kakpb. Hanya dua sekolah yang terpilih daripada lima yang bertanding. Tertera juga wajah kecewa pada yang kalah tapi kakpb ucapkan tahniah juga pada si bujang tu. Walaupun kalah, sekolahnya adalah top 5 ranking di Sabah. 

Apa yang kakpb tau, mereka ni tak cukup latihan. Tambah pula mereka dalam suasana exam minggu ni. Tapi cikgu yang uruskan mereka tak benarkan cerita pada juri sebab tidak mahu meraih simpati. 
Tahniah pada sekolah yang menang dan dapat ke KL untuk mewakili negeri Sabah. Dengar kata rakaman Lantai Cilik ni akan ditayangkan pada tahun depan di RTM.



Segak bergaya anak bujang ku, dengan bedak berkepok dimuka....haha...kalau nak diikutkan dia ni bukan suka dibedak.


Sempat berfoto dengan Aliff Satar yang peramah, comel dan sporting.

Juri undangan Arja Lee (handsome pulak dia ni, tengok kat tv tak menarik langsong) dan dua orang jurutari tapi tak ingat nama.

Setakat ni dulu catatan kakpb. 3 hari lagi nak terbang pulang, jumpa keluarga dan kakak yang akan pulang dari tanah suci esok. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dalam perjalanan pulang ketanah air.
Amin.



11 ulasan:

  1. Betul Zana... keberanian sama-sama berada di atas pentas, tidak lupa lirik dan rentak dah terlalu baik.

    Tahniah buat Aziz dan rakan-rakan.

    BalasPadam
  2. wow hebat gak tu dpt top 5. kalah @ menang kan adat pertandingan (skrip copy cat) yg penting pendedahan anak2 utk lebih berani & kreatif.

    BalasPadam
  3. boleh pegi jauh anak kak pb ni...

    good luck!

    BalasPadam
  4. Alif satar datang? bestnya..okey la tu kak, atleast dpt Top 5 bah..hehe

    BalasPadam
  5. Amboi, glamer dah abang....walau top 5 janji tersenarai jugak!

    BalasPadam
  6. Amboi, glamer dah abang....walau top 5 janji tersenarai jugak!

    BalasPadam
  7. Amboi, glamer dah abang....walau top 5 janji tersenarai jugak!

    BalasPadam
  8. Tahniah kak pb...yang penting tersenaraikan..

    BalasPadam
  9. takpe, lain kali boleh cuba lagi.. tahniah buat semua yang sama2 turut mengambil bahagian.. ;)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)