my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sajak Kemerdekaan - Aziz Juara

Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi

Tanah air dan bangsa
dimana terpaut cinta mulia

Untuk mu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair

Pahlawan
Jika hilang mu tanpa pusara
Jika pusara mu tanpa nama
Jika nama mu tanpa bunga
Penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya...

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru, bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu

arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.



Pahlawan!

Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat

namamu terukir di jantung rakyat.
nukilan Tongkat Warrant/Usman Awang 

Hari ini anak kakpb akan ulangi lagi di atas pentas sekolahnya. Hari ini juga dia akan menerima tepukan dan hadiah kerana memenangi pertandingan mendeklamasikan sajak Usman Awang. 
Sajak ni pilihan dia sendiri dan gaya yang tersendiri....hehe....ibu dan ayah hanya komen sikit-sikit.
Pertandingan berlangsong pada hari rabu lepas. Hari ni baru buat sambutan Hari Malaysia/Kemerdekaan disekolah. 

Cikgu fahmi bagi idea, bagus guna background music. Jadi pagi rabu tu cikgu fahmi tolong download dan save ke pendrive. Tapi yang buat anak bujang kakpb frust bila cikgu kelasnya telah menggunakan music itu untuk murid2 lain yang bertanding sama.

Nasib baik Aziz menang, kalau tidak confirm dia tak puas hati kerana cikgu curi idea dia...haha...budak2 lain takde music. 
Tahniah dari ibu dan ayah untuk Aziz Iskandar....

 Bakal 5A UPSR? Insyaallah...

4 ulasan:

  1. Cikgu dengar masa deklamasi ada background muzik rasa lebih sedap itu yg diguna utk murid lain.

    Tahniah buat anakanda Aziz...

    BalasPadam
  2. Tahniah buat anak.. boleh diasah terus bersama kelab2 deklamator sbg inisiatif utk kebaikan masa depan.. Tahniah ye :)

    BalasPadam
  3. tahniah adik..teruskan usaha martabatkan bahasa jiwa bangsa

    BalasPadam
  4. Insya Allah 5A

    ..blogwalking,jemputlah ke blog saya dan kita bertukar2 link
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)