my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mengharap semuanya dilindungi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sekarang ni, sana sini bencana alam berlaku samada di dalam negeri atau luar negara. Gempa bumi semakin kerap. Banjir berleluasa di Bangkok, negara jiran kita. Hati ini gundah gulana tambahan pula cuaca penghujung tahun kebiasaannya selalu tidak menentu. Harap tiada halangan sepanjang perjalanan kami pulang ke semenanjung nanti.

Semalam, hubby dapat call dari emaknya mengatakan tok lelaki di JB sakit tenat. Sekarang masih dalam wad dan katanya kritikal. Pb doakan semoga atok cepat sembuh dan nenek pula tabah menghadapi ujian dariNya.

Mertua dan keluarga semua berangkat ke Johor. Mungkin anak2 yang lain juga dalam perjalanan. Ketika ini kami juga dalam dilema kerana hubby baru dapat surat, kena jaga periksa hujung tahun. Tiket balik kampung dah ambil. Pada mulanya pb cadangkan dia stay dulu hingga selesai periksa dan tiket tu terpaksa tukar tarikh. Bagaimanapun teman hubby cadangkan supaya cancel je jadi pegawai pemeriksa, lebih senang. Mungkin itu lebih baik bagi kami daripada menyusahkan orang lain.

Pb pun lebih senang suami ada di sisi. Tak pernah berjauhan lama-lama. Risau juga kalau dia sendirian, gosok baju dan sebagainya dia tak biasa buat. Tapi jika terpaksa, relakan jugalah. Demi rezeki yang halal.

4 ulasan:

  1. PB,

    Takpe pb, rezeki pasti ada di mana-mana. Tapi keluarga kita hanya ini jelah sesatunya.

    Ms sy klik blog pb, ada byk pop up window widget yg tak wujud. Dan sbb pop-up tu, page pb jdk berat sgt! Pas sy exitseme window tu, baru sy dpt baca entri pb dgn senang ati.

    =D

    BalasPadam
  2. betul tue sekarang cam2 berlaku sama-samalah doa semoga selamat ya...

    BalasPadam
  3. Fara...iye ke? Pb tak perasan la....nanti akak edit semula, akak pun bukan pandai sgt hal2 IT ni, thanks ye..

    BalasPadam
  4. Cik Rose Cute...terima kasih, mudah2an semua selamat.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)