my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Pisang Koko


yang ni tak sabar2 nak rasa, tu yg nampak tak cantik bila dipotong, sebab panas lagi

Dari semalam lagi nak buat kek.........tapi pening memikirkan kek apa yang simple dan sedap. Kebetulan ada beberapa biji pisang mas kat rumah.
Cari2 resepi..........biasa la kat myresipi tu.....macam2 adaaa......berkenan pulak resepi dari Umi-e.
Aku pun tak fikir panjang terus pecah telur dan mesin dengan gula. Bila dah hancur, pi tengok dalam almari, ada tak tepung jagung? Ah...sudah!! tepung jagung takde.............camne ni?
Tengok intenet kejap.......boleh tinggal2 ni buat kek! kat resepi.net ada banyak resepi kek pisang. Apa aku nak ganti tepung jagung yang takde ni? Akhirnya aku ternampak resepi Maklang Azie. Dia tak guna tepung jagung tapi aku tengok dia letak susu tepung 2 sudu. Aku pun tak tunggu lama, bantai je letak susu tepung. Nasib la.....kalau jadi....alhamdulillah.....
Akhirnya...........jadi jugak kek pisang koko ku itu...........minta maaf ye kak-e sebab kakzana ubah suai resepi kak-e tu. Kalau kak-e nak dakwa, mati la aku.......jadi, resepi ni gabungan dari Umi-e dan Maklang Azie.
ni resepi yang aku tokok tambah....
Pisang emas (4/5 biji)
3 biji telur
1 3/4 cwn tepung gandum
(umi guna tepung naik sendiri tp aku campur 1 sudu teh baking powder)
1 cwn gula pasir
1 cwn minyak
garam
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar koko powder
Cara2nya macam biasa la ye..........
Gula dan telur di kisar hingga hancur dan gebu. Masukan tepung, koko powder, susu tepung dll. Last sekali aku masukan minyak. Bakar macam biasa. Dah siap........sedap pulak tu.....

5 ulasan:

  1. zana... tokok tambah tu perkara biasa ;)

    * menunjukkan kreativiti seseorang

    ** kalau nak lebih lembut letaklah ovellete dalam satu sudu teh

    BalasPadam
  2. oh ye ke? ada ovellete tu tp kekadang tak tau sgt apa kegunaannya. untuk melembutkan ye?

    BalasPadam
  3. Gebunye kek pisang nie... nak tolong potong jugak :)

    BalasPadam
  4. wah, rajinnya kak Zana buat kek..gebu plak tu..he he ada masa datanglah umah,bawa kek skali..hu hu gurau ja

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)